Isnin, 10 Jun 2013

Beg pakaian saya...

"Nanti buatlah entri pasal organize luggage sebelum saya pergi" kata dia.

Masa saya tulis entri ini, dia sudah berada di bumi Scotland. Berbulan madu. Tidak sempat.

Hari ini saya kongsikan bagaimana saya susun pakaian dan keperluan saya ketika bertugas di luar kawasan dan perjalanan dengan berkereta.

Saya gunakan beg yang berbeza mengikut tempoh bertugas dan kaedah perjalanan. Saya ada tiga saiz beg. Saiz besar boleh isi pakaian dan kelengkapan untuk seminggu. Beg kedua saiz sederhana dan sedikit besar daripada saiz yang dibenarkan bawa ke kabin kalau perjalanan dengan kapal terbang. Saiz kecil pula, saya selalu bawa apabila perjalanan dengan kereta.


Beg ini beg bersaiz paling kecil. Sesuai untuk perjalanan 3 hari 2 malam untuk seorang. Dulu-dulu saya selalu gulung baju saya sebelum masukkan dalam beg tetapi sekarang saya lebih suka susun baju, seluar dan tudung bersekali macam gambar kat bawah. Lebih mudah. Tidak perlu tercari-cari padanannya.


Aturkan mengikut jadual . FILO. First In Last Out. (suka-suka sahaja reka. FIFO dan LIFO sahaja yang ada). Baju yang mula-mula akan digunakan,  disusun pada bahagian paling atas. Contohnya, jika baju pertama yang saya akan gunakan adalah baju tidur, maka baju tidurlah yang akan disusun paling atas sekali.


Barang-barang keperluan lain saya bawa sekadar yang perlu. Pencuci muka, krim pelembab dan toner saya masukkan dalam bekas yang lebih kecil. Semua yang saya perlukan, muat-muat dalam bekas hijau ini. Teringat dulu-dulu macam mahu pindah. Botol losyen yang besar pun diangkut sekali.


Dalam bekas hitam ada seterika, pengecas bateri dan socket. Bekas lutsinar biru pula saya letakkan ubat, tisu, plaster dan kit menjahit.



Dalam poket biasanya, saya masukkan shopping bag. Ruang yang lebih saya akan masukkan buku atau majalah. Peneman sebelum tidur.


Apabila berpergian secara bersendirian, saya akan pastikan saya hanya bawa 3 beg sahaja. Beg komputer, handbag dan beg pakaian. Anda pula bagaimana?

12 ulasan:

  1. same kita nas, 3 beg saja..tapi kategori beg lain..beg pakaian, beg susu anak dan beg kecil untuk kecemasan..

    http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/kemas-beg-travelling.html

    ehee ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fizah, kalau dengan famili lebih dari tiga bag.

      Padam
  2. saya pon rase mungkin saye jugak perlukan saiz bag yang berbeza...hurrmm..lebih senang kan...:)

    BalasPadam
  3. beg sue kena kongsi dengan hasben sebab tak mau beg banyak2 dlm bonet..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su, kalau travel dgn family saya kongsi dgn hubby juga.

      Padam
  4. Suka idea gulung kain setempat tu. biasa buat susun baju seluar tudung gitu je, tapi yg ni lg praktikal rasanya. FIFO LIFO tu ai like, strategi yg sama digunakan bila pack baju. Kalo bertolak siang, baju malam mesti susun belah atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka fifo lifo, sama la. Kalau tidak punggah sampai jumpa yang hendak dicari.

      Padam
  5. saya main campak je..haha..tabiat dari duk asrama dulu..
    hope berubah pasni bila dah ada suami ni..haha

    BalasPadam
  6. ha dah dpt idea..thanx for sharing..!!~
    salam kenal..

    BalasPadam
  7. travel masa bujang, bawa 1 beg saja. dah kahwin dan ada anak, pun 1 beg jugak.. :)

    BalasPadam