Sabtu, 15 Jun 2013

Memasak...

"Sedap sangat roti sardin. Adik makan dengan kawan adik"

Cerita adik masa saya ambil dia dari taska. Adik sangat pandai beli jiwa saya. Sama macam kakak.

"Ibu tak masak malam ni tau"

"Ala ibu masak la" adik buat muka merajuk.

Sebenarnya, selepas sediakan sandwich pagi tadi saya memang berniat untuk cuti dari memasak hari ini. Entah kenapa minggu ini saya rasa seperti kurang sihat. Mungkin tekanan di tempat kerja.

Kalau saya tiada apa-apa halangan, saya sebolehnya akan sediakan sendiri makan malam. Setiap hari.  Kebiasaannya, saya akan terus ke dapur apabila sampai sahaja di rumah. 

Selalunya 6.30 petang saya sampai  ke rumah. Pukul 6.40-6.45 masuk dapur dan selesai semuanya termasuk cuci-mencuci pukul 7.15-7.20 petang. Semua kena laju.

Apa yang saya masak? Setengah jam sahaja. Tiada yang 'out of the box'. Kalau mahu cuba resepi baru, tunggu hingga hujung minggu. Tiada rahsia sangat pasal memasak dengan cepat ini.

Perkara yang paling penting, rancang menu. Saya biasanya rancang menu untuk dua minggu. Saya beli barang basah seminggu sekali. Ikan, daging atau ayam dimasukkan dalam bekas siap-siap ikut jadual. Satu bekas untuk menu sehari. Jadi cuma ada 7 bekas.



Satu lagi, penyediaan barang mentah, ramai yang gunakan cara ni. Sediakan bawang kisar, cili kisar dan serai siap-siap dan simpan dalam peti sejuk. Saya hanya kisar bahan-bahan tersebut mengikut kuantiti yang akan digunakan dalam minggu itu. Semuanya perlu dihabiskan dalam seminggu.


Ini pula cara simpan lengkuas. Simpan dalam air. Tahan lama dan tidak kering.


Semua bahan-bahan tadi saya masukkan dalam dulang hijau. Macam gambar kat bawah. Bila mahu memasak, saya keluarkan sahaja dulang hijau dulu itu.


Untuk memasak pula saya akan mula masak menu yang akan mengambil masa yang paling lama. Kalau masak sayur sekejap sahaja. Koordinasi sangat penting. Kalau menu hari tu kari ikan dan sayur campur goreng, saya akan mulakan dengan memasak nasi, selepas itu masak masak kari. Sambil-sambil saya akan potong sayur.

Macam inilah menu makan malam saya sekeluarga. Hanya dua lauk sahaja. Yang penting, boleh dimasak dalam masa 30-35 minit sahaja!



Cuma hujung minggu barulah duduk lama-lama di dapur. Masak laksa, nasi ayam atau panggang kambing!




Masa mula-mula kahwin dulu, bukan main lama duduk di dapur walhal masak dua lauk sahaja. Pengalaman sangat membantu saya dalam menguruskan perihal masak-memasak...




30 ulasan:

  1. Blh bg tips mcm mna pn rancang menu utk seminggu tu? :-)

    BalasPadam
  2. Tips? Masa susun menu saya selalu rujuk buku resepi saya atau surfing kat internet. Ada variasi sket. Kalau x nanti asyik ulang menu sama. Menu saya tulis dalam calendar. Nanti 2 boleh rujuk semula!

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo...tq ya, :-)

      Padam
    2. Bekas biru bulat 3 sekawan tu comel. Brand Tupperware, ke?

      Padam
    3. Jenama lamarie. Beli masa bujang dulu. Dekat 12 tahun dah berjasa...

      Padam
  3. idea yg sangat-sangat-sangat bagus...!! nnti nk cuba praktikkan! =)

    BalasPadam
  4. 2 3 kali tumpang lalu kat laman. Tunggu entri tak muncul2. Mana menghilang. Sibuk eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lbh kurang sibuk jgk nas..hr ni baru up satu entri...dua tiga kali baca blk takut ada salah tulis..tu yg jadik lama nk publish...hihi

      Padam
    2. dah x sabar nak tunggu entri baru.

      Padam
  5. bes nya..lauk2 tu smua anak2 mkn sekali ke.sng kalau mkn sama.anak2 sy plak ikan/ayam kicap je...mama dia org plak penin..hehe sbb boring

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup,bila dah besar ni, tiada lagi lauk khusus untuk diaorang. masa diaorang kecik memang sediakan lauk khas untuk diaorang. Lagipun dua-dua anak alahan dgn makanan tertentu.

      Padam
  6. Sy baru tau lengkuas tu kene simpan dlm air tuk tahan lama...mekaseh bgtau..:-) selalu pakai sekali dua pastu kecut dan buang..uhuuukkss..

    BalasPadam
  7. Bagus sgt n3 nih... Leh jd panduan... Terima kasih sifu...

    BalasPadam
  8. sama la akak..saya masak dua lauk jugak setiap hari..
    baru je kawen 4 bulan dah pening nak masak lauk apa lagi...rasa macam dah xtahu nak masak apa lagi..

    mungkin itu la yang mak saya rasa dulu..urmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya susun menu lagi susah dari buat kertas kerja :)

      Padam
  9. senang klu sediakan bahan2 dulu, ok blh praktik kan ni, thnks for info :) sy pun msk 2 menu je utk mkn mlm ( waktu bkru blh msk b'kerja ) klu hujung minggu bru blh msk menu best2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak dekat puasa kena buat camni. Kalau tidak tak sempat...

      Padam
  10. wah...suke gile bace blog sis...byk perkara sy belajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kita kongsi...saya pun masih terkedek2 belajar

      Padam
  11. kagum. nk try wat camtula. 7 bekas utk 1minggu terus. tq share sis

    BalasPadam
  12. Nice sharing puan. Boleh tiru ni. Yang pasal lengkuas tu terutamanya.

    BalasPadam
  13. Salam kak..if u don't mind..blh share meal planner kt sini..:)

    BalasPadam
  14. Salam.. saya new reader di sini.. visiting your blog untuk tau pasal deko/storage.. tu pun dapat link dari blog Susun Atur Sioca.. pasal simpan lengkuas dalam air, saya baru tau tip ni.. mohon share ye, will credited to your blog.. tq in advance :)

    nurheart

    BalasPadam