Hari ini separuh hari saya di dapur. Mengemas kabinet dapur. Sambil kemas sambil layan cerita Jodoh Itu Milik Kita. Sebenarnya tidaklah menonton sangat, lebih kepada mendengar sahaja. Jeling-jeling bila ada dialog yang menarik hati. Saya pun tak tahu kenapa saya tengok drama ni. Mungkin sebab Tiz dan Ziela Jalil.Bila dah jeling-menjeling mestilah lama kat dapur. Tapi tak mengapalah. Bukan selalu pun buat begitu.
Hari ini semua kabinet yang ada bekas plastik kena geledah. Kemas dan buang bekas-bekas plastik yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Kena selalu buat. Kalau tidak ada benda yang tidak boleh dipakai akan tersimpan.
Sebelum mula mengemas, ambil gambar dalam kabinet bawah dapur saya. Dah lama mahu berkongsi entri susun atur bawah kabinet. Projek hari ini? Nanti-nantilah saya buat entri pasal projek sisih menyisih ni. Hari ini kita fokus bawah kabinet dapur dulu yer.
Apahal pula rak kasut bawah kabinet dapur? Tak pa. tak pa. Kejap lagi kita tengok ya.
Inilah rupanya kabinet dapur saya. Satu dapur sahaja. Tiada dapur basah atau dapur kering.
Dah nampak kan.Rak kasut.Kabinet dapur saya tidak ada para. Masa mula-mula buat dulu, ongkosnya kurang. Jadi ada banyak perkara yang tidak dapat dibuat. Jadinya, buat yang asas sahaja.
Barang-barang yang biasa suri rumah letak bawah kabinet dapur. Minyak, beras, bawang dan kentang.
Nak berhujah panjang-panjang sudah penat teramat. Fikiran sudah ke laut. Mata sudah mahu pejam. Tengok gambar sahajalah yer...
alamakkk tak puasnyaa baca...uhuks..tp entri ni mmg sgt best...suka sangat,,
BalasPadambarangan tupperware, no doubt mmg marbeles designnya dan praktikal juga..
yg dalam tray hijau para bawah tu rasanya ada telur masin kan? tp lagi dua bekas sebelah dia tu utk apa? dan satu bakul kecik kaker hijau tu isi apa?
dan para atas ada satu bekas hijau selain kentang dan bawang tu utk apa ek?
eh, byk pulak tanya..hihi suka sgt ni...hijau semua..kemas dan bersih! ;)
fuh...banyaknya soalan :)
Padamsebelah bekas telur masin ada bekas kunyit dan bekas asam keping. Bekas hijau tu isi beras basmathi. Saya suka hijau. warna kesukaaan nabi...
cantek dan tersusun..
BalasPadamkemas je..
=)
Tq...seadanya lah yer
Padamsaya pun letak rak kasut dalam kabinet dapur sebab kurang ongkos. tapi susunan Puan Nas lagi kemas daripada saya.hihihi
BalasPadamye ker? nanti nak jenguk...
Padamrak kasut saya untuk letak periuk dan kuali. Belum buat entri pasal tu lagi. Nanti saya akan buat. Kena susun kemas-kemas dulu.
PadamSalam.. tersusun jer
BalasPadamtq :)
Padamok gak ada built in kabinet...rak kasut pon tak pe janji nmpak kemas...suka "rumah bawang"....
BalasPadamkalau dah berkenan, cepat2 cari pengedar tupperware..
PadamSaya pon baru terpikir nak cari rak kasut nak letak dalam kabinet..entri ni Memberi inspirasi :)
BalasPadamAlhamdulillah, kalau dapat beri ilham.
Padambagus idea ni!!! tesco ada jual kot rak kasut ni kan.. hihi.. :D
BalasPadamSaya pulak beli kat econsave
Padamala syoknya dapat bekas bawang kaler ijau.. sy nak ijau gak tp skang de merah je.. neway katne ek beli alat sangkut paper tissue tu ek?
BalasPadamEconsave
Padamtempat gantung tisu tu beli kat mana? dah lama saya cari tpt gantung mcm tu tapi tak jumpa lagi
BalasPadamRasanya kat giant
Padamkemas..x terfikir pun...
BalasPadamkemas dan cantik tersusun..
BalasPadamsuka tengoknya
jom lawat blog saya http://www.ddiamondvitshop.blogspot.com
kat mana yer beli tempat letak tisu dapur tue. menariklah
BalasPadamKat giant :)
PadamBoleh apply ur idea letak rak kasut dalam kabinet bawah ni. sbb kabinet kat kuarters pun takde para.. thanks
BalasPadamBoleh cuba :)
Padam