Isnin, 6 Januari 2014

Roti John Untuk Kakak

Kata Dr Robiah, bersusah-susah menjaga anak bukan semata kerana sayang tetapi kerana Allah. Kerana Allah. 

Sungguh, penat terkejar-kejar menyiapkan sarapan kakak. Menjadi sedikit tertekan di pagi hari. Namun, agak kendur sedikit apabila mengingatkan kata-kata Dr Robiah K Hamzah. Semua kesusahan ini hanyalah sedikit usaha untuk mencari redha Allah. Dia menjanjikan yang baik-baik untuk setiap usaha kepadaNya. 

Hari ini masih kelam kabut menyiapkan bekal kakak. Terlewat bangun tapi mujur semuanya dapat disiapkan dan saya keluar seperti biasa ke pejabat. Bekal hari ini adalah Roti John. Antara resepi kegemaran saya. Sedap dan mudah. Resepi asalnya daripada My Resepi tapi diolah sedikit ikut kebiasaan saya. 


Bahan-bahannya
Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 2 ulas
Cili kisar- 2 sudu
Rempah kari- 2 sudu
Daging ayam kisar - 1/2 keping (kalau guna jenama ramly)
Roti Frankfurter 
Telur 2 biji
Butter
Garam & gula - secukup rasa

Cara-caranya 
1. Tumiskan cili kisar dan tambahkan kari apabila cili sudah pecah minyak.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk/kisar. 
3. Masukkan daging ayam kisar dan garam serta gula.
4. Tunggu sehingga daging ayam masak dan agak kering. 
5. Apabila sudah masak, campurkan daging dan telur dalam mangkuk dan kacau. 
6. Potong roti dan sapukan campuran telur dan daging ayam pada roti. 
7. Panaskan butter dalam kuali dan tekapkan bahagian roti yang disapu dengan campuran telur.
8. Siap! 

Kata kakak, rupanya tak cantik tapi sedap...

5 ulasan:

  1. maaf nak tny..cmpuran telur tu maksudnya??
    cmpurkan telur dgn daging ke??ke cmna?
    masak dua kali la ye..dgg y dah masak msuk dlm telur lps tu sapu kat roti masak lagi ye??telur tu kosong je ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak...maaf sebab x jelas ya. Daging yang dah masak angkat dan tuang dalam mangkuk yang ada telur. Dah x perlu masak. Kacau dan sapu saja pada roti:)

      Padam
    2. trm kasih..sy mudah blur skit hehehe

      Padam
  2. Nak cubalah. Mesti sedap ni. Cicah dengan sos cili :)

    BalasPadam
  3. Cubalah...banyak pahala buat penyumbang asal resepi di Myresipi yg x lokek kongsi resepi

    BalasPadam