Saya selalu mencabar diri saya untuk meminimunkan budget yang diperlukan untuk menyusun atur peralatan dan perkakasan rumah. Lebih bagus kalau tiada duit yang keluar dari poket saya.
Antara projek 'organizing' yang tidak memerlukan saya mengeluarkan duit adalah Projek Bekas Biskut Raya . Bekas plastik biskut raya digunakan raya untuk menyimpan barang dapur seperti cili kering, tepung beras dan tepung pulut. Bekas ini saya kumpul dan bersihkan selepas kuih raya habis. Kalau di kedai harga sebiji botol ini lebih kurang RM1.50.
Inilah rupa bahan kering yang disusun dalam laci. Bekas plastik yang lutsinar memudahkan saya untuk melihat kandungan botol.
Kebiasaannya, saya tidak keluarkan bahan kering daripada plastik. Antaranya sebab saya buat begitu kerana saya ingin pastikan plastik hanya dibuka sewaktu ingin digunakan. Selain itu, saya ingin elakkan tindakbalas kimia (kalau ada) antara bekas plastik dan bahan yang diisi.
Saya gembira kerana duit yang ada boleh digunakan untuk perkara lain!
saya guna cara ni jgk dulu..dan bekas tutup merah ni masih banyak kat umah saya..tetiap tahun raya bertambah..hehe
BalasPadambetul tu. budget.
BalasPadamSaya pun guna tu..mmg tu je yg nmpu.nk bli tupperware xmmpu
BalasPadamJimat
PadamSaya pun suka cara ini. murah dan jimat. tak perlu beli tupperware yang mahal.
BalasPadamJimat...
Padamsaya pun buat sama macam ni...memang jimat
BalasPadamKannnn...
Padam