Rabu, 23 Oktober 2013

Aksesori Kakak


Sepertinya baru semalam saya di hospital. Bersalinkan kakak. Hari ini sudah besar. Huh, mungkin begini juga perasaannya bila mahu bermenantu nanti! Kalau Tuan Besar baca entri ini mesti katanya, jauh benar fikirnya.

Semasa bayi sibuk dengan susu dan makanannya. Besar sedikit, sibuk pula dengan tadika dan aktiviti. Sekarang sudah mula mahu berlawa-lawa. Sudah punya citarasa sendiri. Baju dan seluar ikut selera sendiri. Tudung pun sama. Terkini, gigih melilit tudung gaya Diana Amir katanya!

Kalau sudah melilit bak Diana Amir dah tentu aksesorinya pun berbagai jugalah. Kerongsang. Sepit rambut dan benda-benda seangkatan dengannya. Hari tu ke Daiso. Jumpa dengan pocket organizer. Beli jugalah. Mahu susun aksesori kakak. 


Ni hah rupanya. RM5.


Aksesori asal letak dalam beg comel ni.


Nampak banyak bila dah keluarkan daripada beg.


Dah siap tapi tempat gantungnya belum siap lagi!

6 ulasan:

  1. Sgt lama cari benda ni. Pernah nmPk dlm blog dr singapore tp xtau nk beli di mana di msia. Daiso here i come!

    BalasPadam
  2. aaa anak2 membesar terasa cepat masa berlalu..tau-tau dah berkedut je muka kita ni dimamah hari..harap masih gigih bersusunatur lagi waktu tu..hehe..:))

    BalasPadam
  3. wah baru tau daiso ada jual menda neh..nak beli gakla pasni :)

    BalasPadam
  4. Kat Daiso mcm2 ada cuma nak ke sana saja yg malas

    BalasPadam
  5. Entah gagah lagi ke nak bersusun atur waktu tu fizah ya :)

    BalasPadam