Jumaat, 11 September 2015

Cat dan pasang

Daripada setahun membawa ke tahun berikutnya. Cerita gajah saya masih belum siap-siap. Cerita bilik menjahit saya. Hampir 2 tahun.


Tiga minggu lepas barulah gigih untuk mulakan semula projek bilik menjahit. Projek mengecat bilik dan pasang kabinet untuk ruang menjahit. 


Warna hijau ni dicat setahun lepas. Beli cat ini waktu nak pindah masuk rumah ni dulu. Lama sangat dah dalam stor. Ada 2 tin kecil. Ingatkan cukup, rupa-rupanya hanya dapat 2 bahagian dinding sahaja. Ingatnya mahu ke kedai untuk beli cat tambahan tapi kan selalu aje ada hal lain yang lebih penting. Jadinya bertangguh sampai semangat mengecat hilang pudar. Diam tak diam setahun.


Masa pergi kedai nak beli cat tambahan, sempat la belek-belek katalog Jotun. Hai, banyaknya warna-warna baru yang cantik-cantik. Tak jadi beli cat tapi bawa balik katalog. Seminggu mentelaah warna. Pilih punya pilih, timbang punya timbang, akhirnya beli 5 tin cat saiz kecil. Satu tin untuk feature wall, tiga tin untuk dinding dan satu tin untuk pintu. Pilih Jotun sebab ikut pengalaman lepas. Senang nak cat. Amatur macam saya sesuai sangatlah. 


Mula mengecat pukul 10 malam. Berdua dengan Tuan Besar. Adik merengek mahu tolong tapi tak benarkan. Nanti tolong serabutkan lagi ada la...2jam dapat siapkan semua bahagian kecuali pintu bilik dan rangka tingkap. Kena ambik mood lebih sebab cat minyak. Kena sambung lain waktu.


Esoknya, sambung dengan pasang kabinet dapur aka kabinet menjahit. Ini kira percubaan berani untuk pasang sendiri kabinet dapur Ikea. Asalnya mahu beli di kedai kabinet pasang siap biasa tapi bila dihitung-hitung kosnya lebih murah beli di ikea dan pasang sendiri. Boleh kurangkan rekabentuk kepada nilai yang kita mahu. Lama menabung untuk projek ni. Kenalah berhemah! 


Alhamdulillah, Tuan Besar mahu melayan kerenah saya mahu pasang sendiri kabinet. Dia dan adik sama-sama tolong pasang. 


  Nak pasang setiap unit tidaklah susah sangat. Macam perabot Ikea yang lain. Cuma perlu ikut betul-betul manual tapi....part memasang pada dinding, betul-betul mencabar. Banyak benda kena ambil kira. Salah kira, sengetlah kabinet awak ya. Surrender awal-awal. Tuan Besar uruskan part ni. Dua tiga kali termenung berfikir dan keluar masuk bilik ini, akhirnya siap juga. 


Apabila mahu pasang pintu, baru perasan, adik assistant Ikea terlupa untuk masukkan ensel dalam senarai. Haish, tak boleh teruskan. Kena pergi Ikea sekali lagi. Lemah betul rasa nak mengharung orang ramai ni. 

So, setakat inilah sahaja yang boleh ditulis. Kena tunggu episode akan datang untuk cerita seterusnya. Bye!



10 ulasan:

  1. wah..tak sabra nak tunggu hasilnya.

    BalasPadam
  2. Wah, menarik ni..
    klu bandingkan harga, selalu IKEA menang, hee..
    tapi nak pi membeli tu la, jauh pula..
    angkut sendiri ke ni?
    xpenah lg ushar bhgn kabinet dapur kt website..
    klu boleh pelbagaikan fungsi, boleh la ushar gak, heee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna servis penghantaran dia orang. X muat kereta...

      Padam
  3. Boleh beli online ke tak ikea ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. X pasti. Mungkin boleh tengok kot2 ada personal shopper yg boleh bantu

      Padam
  4. salam singgah dik
    mesti cantik lepas ni kan

    BalasPadam
  5. Salam. Nak tanya kat mana beli wall rail utk atached kabinet ke dinding? Kat ikea juga ke?

    BalasPadam