Rabu, 1 Mei 2013

Kotak kasut


Dua tiga hari ini suami saya sibuk mengemas dokumen. Saya pun tidak dibenarkan dekat dengan meja kerja. Selama itulah saya terpaksa menumpang meja kakak untuk menggunakan laptop.

Kakak. Saya merasakan adanya saya dalam diri kakak apabila melihat meja belajar dan rak buku dia. Seperti saya, dia juga suka menyusun atur barang-barangnya.


Inilah rupa rak buku kakak. Sempat juga saya menyelongkar kotak kasut tu. Oh, dia simpan hadiah alatulis dan barang-barang keperluan persekolahan.


Pagi tadi saya ke kedai kegemaran dekat dengan rumah. Beli kertas pembalut hadiah. RM1 sekeping. Beli 3 keping. Semak juga harga kotak yang pasang siap. RM7.50 untuk yang bersaiz kecil. Yang agak besar sedikit RM11.50.


Saya potong kertas hadiah dan tampal pada magazine folder ni. Seronok buat projek kali ini. Kakak pun tolong balutkan kotak. Saya potong kertas. Dia potong pita pelekat sambil bersembang sampaikan kami terlupa nak ambil gambar masa tengah membalut kotak.


Ok, inilah gambar selepas kotak dan magazine folder dibalut. Kakak sangat puas hati.  Saya? Sungguh seronok. Ada dua perkara baik. Pertama, saya hanya keluarkan duit sebanyak RM3.00 sahaja untuk projek ini. Kedua, saya dan kakak sama-sama buat projek!

6 ulasan:

  1. huiyohhhh canteknyaa..! polka dot is my feveret! pink is ohsem!! this project is W.O.W...!! ;D

    sy pun tgh buat projek lbh kurang ni...tp rasanya tak secantik ni sbb pakai kertas balut hadiah yg lama2 dan tak brp deko...insyaAllah will share! =)

    BalasPadam
  2. Corak pembalut hadiah sekarang tak macam dulu2. Cantik semuanya. Satu lagi kan, kadang rasa kurang cantik coraknya tapi bila dah siap rasa macam ok pulak.

    BalasPadam
  3. Ohhh..bile saya nkbuat camni untuk ank dara saya.

    BalasPadam
  4. bestnya tengok orang repurpose their shoe boxes.. saya mmg simpan barang dalam shoe boxes yg sturdy, tapi tak balut cantik2 macam ni.. kalau balut mesti best kan?

    http://www.nuruldahlya.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah balut dan cantik, ia buat kita rasa puas hati

      Padam