Oh, jangan bayangkan begitu kat rumah saya tau. Ada ketika teratur dan kemas. Ada masanya, kucar-kacir terutama apabila saya terpaksa bekerja di luar kawasan.
Pertama, saya terima hakikat yang saya tidak mampu buat rumah sentiasa kemas walaupun keinginan saya sememangnya begitu. Tapi seboleh mungkin, saya akan pastikan urusan keluarga tidak terjejas walaupun rumah tidak sekemas seperti yang saya mahukan.
Saya juga kira saya sangat bertuah kerana ada tangan-tangan lain di rumah yang sering membantu buat kerja rumah. Tangan Tuan Besar. Tangan Kakak. Tangan Adik. Juga tangan Anjang.
Tuan Besar sangat ringan tulang membantu. Sangat suka membasuh dan menjemur baju. Walau hakikatnya ada cara membasuh dan menjemur tuan besar yang saya tidak suka, saya pejamkan mata dan terima sahaja. Orang sudah mahu tolong, apa yang tidak kena sedikit itu, terimalah seadanya. Kesediaan dia membantu saya sangat-sangat berbekas dihati.
Bukan membasuh sahaja, tuan besar juga suka tolong buang sampah dan masak air.
Saya juga melatih kakak untuk menyusun sendiri baju-baju yang telah saya lipat dalam almari dia. Sudah lipat kemas-kemas tapi disusun pula tidak kemas. Tahankan hati. Tidak mengapa. Esok-esok pandailah dia.Empowering your child. Patah perkataan yang saya semat dalam hati kalau masih juga galau.
Kadang-kadang terkeluar juga dari mulut kakak, kenapa hasilnya tak sekemas seperti ibu buat.
Saya juga selalu minta tolong daripada adik. Budak kecik 4 tahun. Tolong siram pokok. Tolong kemaskan laci dia. Tolong keluarkan baju daripada beg taska. Alhamdulillah, menjadi. Sekarang bila dia tengok saya sibuk-sibuk mengemas, dia akan sibuk mengemas barang dia.
Anjang. Adik saya. Saya suka kalau cuti dia jatuh pada hari-hari bekerja. Saya akan cuti memasak. Saya akan maklumkan menu. Kadang-kadang mengada juga. Minta menu-menu yang saya teringin. Bila balik dari pejabat, semuanya terhidang bawah tudung saji.
Anjang. Adik saya. Saya suka kalau cuti dia jatuh pada hari-hari bekerja. Saya akan cuti memasak. Saya akan maklumkan menu. Kadang-kadang mengada juga. Minta menu-menu yang saya teringin. Bila balik dari pejabat, semuanya terhidang bawah tudung saji.
Bantuan ahli keluarga sangat membantu menguruskan rumah dan keluarga. Saya tahu ramai daripada kita suka buat sendiri semua kerja rumah. Yalah, kadang-kadang tidak sampai pada piawaian yang kita mahu. Tapi kita harus ingat, lebih bagus kalau kerja kerja rumah dibuat bersama. Boleh memupuk rasa kebertanggungjawaban terhadap keluarga!
aduh entri yg sungguh meyenangkn hati..kdgkala stress rumah tak kemas setiap masa kerana hilang kawalan lantaran sibuk..tp entri begini perlu utk mengingatkan bahawa sumtimes we need to loose our hand and let other involve themselves into house chores thingy too..walaupun tak capai stndard...;-)
BalasPadamyelah. Kadang-kadang kita ni terlalu 'demand'. Mahu begini dan mahu begitu. Stress semua orang nanti ;)
BalasPadamsemenjak kahwin sy banyak tolerate ttg rumah sbb ada anak2 kecik yg penuh daya imaginasi...;-)
Padamsaya tekad nak ajar anak sy mengemas dr kecik.nak dia ikut jejak penyakit cam saye ni.tak boleh tgok sepah sepah..hihi
BalasPadamSu, kalau anak lelaki, susahlah wife dia nanti! :-)
PadamLesson saya dapat dari entri ini : "empowering your child"...ank2 saya kecik lagi, sorang 6bulan. Sorang 1year plus. Sambil2 menjenguk tentang susunatur, sambil mengintai tentang pendidikan anak-anak. Thanks for sharing :-)
BalasPadamMengajar nilai ni dah boleh mula sedari umur 1 tahun lebih. Sedang elok dah tu. Tq, jenguk blog yg x seberapa nih.
PadamAlhamdulillah kak..semua membantu akak..
BalasPadamtuan besar pun rajin gitu menolong
Harapnya kekal camtu :)
PadamHai baru pg tadi ayu rasa letihhhh sgt mengemas. Kenapalah aku kemas sini, sana-sinun pulak bersepah... huhuuuu.
BalasPadamTq for sharing. Sejuk hati kita tau :)
Tipikal kan? Moga kita tabah untuk terus jadi suri , ibu dan isteri yang baik. In sha Allah
Padam