Tidak perlu ubah kalau kaedah atau susun atur yang sedia ada tidak mengganggu urusan hidup anda. Itulah, yang saya utamakan dalam mengatur kehidupan seharian. Ubah apabila perlu.
Ya, ubah apabila perlu. Sesuatu harus dilakukan pada susun atur botol rempah saya. Semua botol rempah, diletakkan dalam bakul plastik pada kabinet dapur.
Inilah rupa tempat rempah saya.
Setiap kali memasak, saya kena angkat bakul untuk ambil rempah. Berat! Setiap kali itulah, hati saya berkata tempat rempah ini perlu diubah.
Tempat rempah yang baru perlulah tempat yang tidak memerlukan saya angkat bakul rempah. Tempat yang terbaik adalah bahagian berlaci.
Laci ini, saya letakkan teh, kopi dan minuman harian sekeluarga. Masih ada sedikit ruang untuk botol rempah saya. Usaha dimulakan dengan mengeluarkan semua balang dari laci dan alihkan ke tempat yang lebih sesuai. Balang teh dan gula saya masih kekalkan sebab kami sekeluarga memang penggemar teh dan selalu buat teh. Jadi, lebih sesuai teh dalam laci ini.
Inilah rupa kabinet saya selepas 30 minit. Lepas ini, saya tidak perlu terbongkok-bongkok untuk mengambil botol rempah.
Susun atur kali ini tidak melibatkan sebarang pembelian baru. Tidak perlu berbelanja besar untuk menjadikan ruang dapur anda kemas. Yang penting kreatif untuk menggunakan sumber yang ada!
cantik dan kemas! mana nas beli bakul itam tu yek? jarang jumpa bekas camtu kat pasaraya..klu baca blog org omputeh..biasa diorang beli kat Target...kat mesia ni nk cari katne ek?
BalasPadamnas buatlah entri pasal ur kitchen cabinet tour..pastu kita link party reramai..mana2 idea praktikal blh share ngan ibu2 kat luar sana...mesti best! =)
Fizah, bakul hitam tu ada kat jaya jusco
PadamWahh kemas sungguh..keep on sharing :)
BalasPadamPn Fizah, saya beli kat kedai jual barang plastik kat area rumah saya. Saya tak jumpa lagi kat tempat lain. Tour tu dalam usaha. Sekarang ni sibuk sangat. In Shaa Allah akan diusahakan nanti.
BalasPadamkemas..!!~ suka sgt.
BalasPadambekas hitam tu kalau dimelaka ade je jual kt jusco aeon.murah pon ye gk:)
salam knal kmu
moh ke blog saya : iturumahkecilku.blogspot.com
Lydia, salam perkenalan. Ada kat jusco rupanya.
BalasPadammason jar tutup kotak2 merah & gold tu bli kat mne? serius cantik :)
BalasPadamAin, saya beli kat giant
Padambakul hitam tu ngam ngam choi je dgn laci...kemas..
BalasPadamKebetulan
Padamsalam perkenalan..sy as..nice blog..sy minat dlm home organizing nih..
BalasPadamsalam perkenalan. Alhamdulillah juga lagi geng yang suka home organizing :)
Padamkemas la.laci kat umah bersepah, mcm2 ado..tq sis, bg idea
BalasPadam