Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Ahad, 16 Februari 2014

Acar Ikan Tongkol

Acar ikan tongkol. Kegemaran saya. Ada macam-macam versi resepi. Saya punya resepi ini versi Mama.



Bahan-bahannya:

6 ulas bawang merah - blend
2 ulas bawang putih - blend
1 labu bawang besar - belah 6
3 sudu cili blend
1/2 inci halia - hiris
1/2 camca biji sawi
1 biji tomato
1/2 batang timun - potong dan belah 4
Cuka

Cara-caranya

Gorengkan ikan dengan garam.
Angkat dan asingkan.
Tumiskan cili sehingga garing.
Masukkan biji sawi, halia, bawang merah dan bawang putih.
Masukkan air setengah cawan dan cuka secukup rasa
Reneh sekejap dan masukkan ikan tongkol
Masukkan timun dan tomato
Masukkan garam dan gula (atau bahan perasa)

Saya suka berkuah, jadi versi saya ada kuah sikit. Ringkas dan mudah...




Ahad, 7 Julai 2013

Nasi Goreng Lada Hitam


Semalam penuh dengan aktiviti. Pagi sesudah Tuan Besar pergi kuliah, saya dan anak-anak keluar sarapan di luar. Mahu sarapan nasi lemak Adik tidak mahu sarapan roti. Rancangannya mahu membeli barang dapur di pasaraya selepas sarapan.

Balik dari membeli-belah, semangat saya berkobar-kobar untuk menjahit baju raya kakak. Siap kain kakak, saya sambung pula dengan jahit sarung cadar dan bantal adik. Sambil menjahit, saya membasuh kain baju.

Sudahnya saya penat ! Dalam itupun berkira-kira masih mahu masak menu makan malam sekian sekian. Fikir punya fikir, mahu simpan sedikit tenaga untuk melipat kain malamnya, saya masak menu mudah sahaja.  Nasi goreng lada hitam. Lebih kurang macam nasi goreng cina.



Bahan-bahannya :

  • Ikan bilis - 1/2 genggam (ikut suka nak bubuh banyak mana)
  • Bawang merah - 4 ulas (bawang besar 1 labu)
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Cili padi - ikut suka
  • Sotong - 4 ekor
  • Lada hitam - 1/2 camca
  • Cendawan butang - ikut suka (semalam cendawan x de, kira daruratlah)
  • Garam dan gula (untuk gantikan bahan perasa)

Cara-caranya:

  • Ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi di kisar.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
  • Masukkan sotong dan tunggu hingga sotong masak
  • Masukkan bahan perasa dan dikuti dengan nasi.
  • Masukkan lada hitam dan gaul serata.
  • Siap!
Saya gorengkan keropok lekor untuk makan dengan nasi goreng. Kalau ada kerabu kacang botor pun sedap ni..