Anak saya cuma dua orang. Setakat ini la.Tapi bab sepahkan permainan macam ada sepuluh orang. Boleh jumpa permainan di mana-mana sahaja. Ruang menonton yang tak luas mana pun boleh jadi tempat permainan.
Ruang tamu jadi litar lumba, lapangan terbang, construction area dan landasan keretapi. Itu belum masuk ada jambatan daripada blok merentasi kawasan.
Tak cukup itu, jangan tak tahu, dalam kereta pun ada.
Ini gambar masa bercuti. Sampai ke bilik hotel pun di bawa juga !
Itu cerita adik. Kakak pun sama. Sudah besar tapi masih ralit dengan permainan kegemaran dia. Kakak sangat suka main dengan miniature. Selalu juga dia tengok miniature kat youtube.
Ok, gambar ini saya ambil senyap-senyap. Dia terkantoi tengah main playmobil kesayangan dalam bilik.
Rak atas ada bilik tidur dengan bilik air. Bahagian bawah ada dapur.
Sambil keluar dari bilik, saya pesan pada kakak untuk kemaskan apabila selesai bermain.
Kalau diikutkan boleh pengsan mengenangkan mahu mengemas semua ini. Bagaimana saya uruskan hal ini ?
Pertama
Saya sediakan bakul permainan untuk setiap ruang. Ada bakul untuk permainan di ruang menonton, bilik kakak, dan bilik bawah. Setakat ini cuma bilik Anjang dan bilik tidur saya sahaja yang terselamat. Saya wartakan bilik tidur saya sebagai zon larangan bawa permainan. Kadang-kadang ada juga cubaan membawa masuk permainan ke bilik saya tetapi tidak berjaya. Selalunya kalah kena psiko dengan ibu!
Kedua
Ajarlah anak-anak untuk kemaskan permainan selepas selesai bermain. Selalunya saya bertanya sudah selesai bermain atau belum. Kalau sudah selesai, saya akan turut sama dengan mereka masukkan permainan dalam bakul yang disediakan untuk ruang itu. Bila selalu praktikan, akan menjadi tabiat untuk mereka. Jadi, adik dan kakak boleh bermain di mana-mana ruang yang mereka mahu dengan syarat semuanya permainan dikemaskan semula.
Oklah, saya mahu berhenti dulu. Nota FIDIC saya kena habiskan sebab esok ada ujian!
mainan si kakak comel nye..anak su kecik lg..xsbar pulak nk tgok dia macam tu
BalasPadamBetul teruja dgn permainan anak2 sekarang. Kadang2 saya yg lebih2 kalau melibatkan permainan kakak :)
Padambetul tu...nak main tak salah. sebab mereka pun berimaginasi. latih anak kemas sendiri mainan mereka...kita jugak yg tak stress.
BalasPadamKalau stress nanti cepat tua :)
BalasPadamahaiii miniature jugak ekk dak kakak..acik pun minat benda2 miniature ni,,,sungguh cun dapur, bilik air dan bilik tidur tu! =)
BalasPadammemang comel tapi kalau jatuh di lantai dan terpijak, fuh sakit kaki tau
PadamHaaa entry yg direquest suatu masa dulu... Nice!
BalasPadamtq, datang jengukkk...
PadamKakak tu mesti suka mengemas juga bila
BalasPadamBesar tu. ngikut mak agaknya ye. Hehe.
Setakat ini ada ler sket :-)
Padam