Memaparkan catatan dengan label Wisata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wisata. Papar semua catatan

Rabu, 27 November 2013

Wisata : 6000 ft Above - Cameron Highland

Ada apa dengan Cameron Highland.

Ladang Teh Sg. Palas. Sesuatu yang amat melekat dalam hati saya. Saya suka suasana di Ladang Teh Sg Palas. Apatah lagi, kami orang pertama sampai di Ladang Teh pada hari itu. Tenang dan sejuk pagi yang amat nyaman.


Kakak dan adik seronok. Sudah besar dan sudah boleh menghargai dan menikmati apa itu maksud bercuti.

Masih ada tempat yang tidak dikunjungi di sini. In Sha Allah, jika diberi kelapangan, akan berkunjung lagi...

Isnin, 24 Jun 2013

Wisata : Pagi di Avillion Admiral Cove

Gambar yang saya ambil pada Mac lepas. Pagi yang sangat tenang dan syahdu. Cantik dan elok. Tanda kebesaran dan kekuasaanNya.


Pagi tadi, API di Port Dickson sudah melebihi 330. Keindahan pagi yang saya rakam ini mungkin 'lemas' ditelan jerebu.  Jangan putus berdoa kepadaNya meminta agar dugaan ini cepat berakhir.

Ahad, 2 Jun 2013

Wisata : Red fortress above the Tauber

Rothenburg ob der Tauber atau maksudnya Red fortress above the Tauber.


Kota yang sangat klasik.

Menyimpan rahsia zaman pertengahan. Ada banyak muzium di sini. Oh, di sini juga ada muzium yang menyimpan sejarah bagaimana orang dulu-dulu dihukum dan dipenjara. Saya tidak menjengah. Sekadar mengambil gambar pintu sahaja.


Melewati kota ini seperti berada dalam filem dahulu. Berada di atas bukit dengan dikelilingi tembok-tembok berbatu.







Ada hasrat yang tidak sempat dilunaskan di sini. Saya mahu ke muzium toy dan miniature...

Jumaat, 31 Mei 2013

Wisata : Tempat Jauh Lagi Dikenang

Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pantai Tapin, Kemasek.



Pantai dan saya. Saya boleh duduk berjam-jam di pantai. Duduk diam. Menikmati cantiknya ciptaan Allah Yang Maha Agung.

20 tahun lepas. Saya menghabiskan setiap petang di pantai. Membaca setiap patah perkataan Erich Segal dalam The Class. Sangat mendamaikan.



Subhanallah...indah sungguh ciptaanMu Ya Allah..