Selasa, 14 Mei 2013

Cerita pasal peti sejuk.


Peti ais. Ada tangan-tangan yang suka buka dan tutup pintu peti ais. Tabiat. Serius saya tidak suka tapi semua ahli keluarga kecuali saya, ada tabiat ini. Pasrah.

Peti ais saya jenis dua pintu. Bahagian sejuk beku terletak di bawah. Entri hari ini pasal bahagian atas dahulu. Bahagian beku akan saya ceritakan dalam entri lain. Kalau balik dari kampung selalunya peti sejuk ini akan penuh. Emak saya suka bekalkan makanan. Kadang-kadang dia bekalkan rempah yang telah siap dimasak.

Inilah rupa peti ais saya.

Dari segi susunan pula, saya letakkan ubat pada para paling atas sekali. Untuk keselamatan. Anak saya tidak takut makan ubat. Senang pula dia hendak jalankan operasi kalau ubat diletak pada tempat yang boleh dicapai.

Dalam bakul hijau sebelah kini pula ada telur. Kalau beli sepapan, tempat telur tidak cukup. Jadi saya simpan dalam bakul itu.


Para kedua pula, saya letakkan bahan makanan untuk sarapan. Jem, planta, mayonise dan kaya saya letak dalam dulang hijau. Pagi-pagi tarik sahaja dulang dan letak atas meja untuk sarapan. Pilih sendiri mana yang suka.

Saya juga suka letakkan bekas berisi lebihan makan pada para ini. Para ini memang berada pada aras mata saya. Setiap kali buka peti ais, bahagian inilah yang mula-mula akan saya nampak. Mudahlah perasan makan yang lama sangat duduk dalam peti sejuk ini. Cepatlah sikit dikeluarkan kalau dah tak boleh dimakan lagi.

Para ketiga pula, ada dulang untuk semua bahan kisar untuk memasak. Bawang merah kisar, cili kisar, lengkuas, bawang putih, halia dan asam jawa. Semuanya dalam dulang hijau. Kalau hendak memasak, tarik dan keluarkan sahaja dulang hijau.  Tidak perlu lama-lama mencari bekas cili kisar dan bawang. Pintu peti sejuk tidak terbuka dengan lama. Jimat tenaga eletrik.

Bakul sebelah kiri pula, saya letak buah-buahan. Anak saya boleh tarik bakul ini. Senang. Dia pilih sendiri buah yang dia mahu makan.


Ini pula bahagian berlaci. Satu bahagian untuk sayur dan buah-buahan manakala satu bahagian lagi untuk daging dan produk tenusu.

Saya hanya simpan sayur sahaja pada bahagian ini. Semuanya dalam bekas plastik. Tidak gunakan plastik. Oppss...nenas tidak disimpan dalam bekas plastik.



Bahagian kedua pula saya simpankan bahan makanan seperti kerisik, manisan, ikan pekasam dan ikan bilis. Santan juga saya simpan di sini. Santan yang disimpan akan masakkan terlebih dahulu.


Pada pintu pula, saya simpan telur, sos dan minuman. Ada bekas plastik kecik sebelah air kotak. Bekas itu disediakan untuk letakkan makanan anak saya seperti jeli . Kadang-kadang saya letakkan minuman kultur dalam bekas ini. Memudahkan anak saya.


Inilah cara saya menyusun dalam peti sejuk rumah saya. Anda pula bagaimana?

32 ulasan:

  1. Suker tengok bende2 tersusun kemas ni..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati rasa tenang bila tengok tersusun. Kalau bersepah, kepala pun serabut....

      Padam
    2. Puan aty..ble nk update belog

      Padam
    3. wahh sampai ke sini org tanya aty oii...kikiki

      Padam
  2. wahhh kemasnya....!!!

    bekas tupperware 2 ketui kat pintu tu utk kicap dan sos tiram ye?

    and, mana nak car bekas hijau letak telur n buahan tu? yg ada pemegang tu? serius, nak carik jugakk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Bekas sos keropok dan kicap. Bekas bakul tu saya beli kat giant.

      Padam
  3. kemas sangat, i used to have same thing before, cantik and organized, start hire bibik, i penat nak kemas everytime dia kuarkan benda2 tu...

    BalasPadam
  4. Ermm...susah jugak kalau bibik faham konsep organizing ni. Tapi kalau dia boleh kekalkan peti sejuk dgn kemas dgn cara dia. Kenapa tidak kan? Lagi mudah kerja kita.

    BalasPadam
  5. serius kemas!!!! su suke..peti ais su kecik je.
    nak letak barang banyak memang tak boleh.
    petia as dah lama tak bersihkan ni..rasa rimas pulak ni dah melekit2..bile nak buat operasi pulak ni..hehehhehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su, kecik ke besar bukan masalah, yang penting teratur. Jom kita sama-sama kurangkan rimas :-)

      Padam
  6. Wahh..nampak kemas sgt peti ais nie..suka tgok
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan. Saya pun orang baru. In sha Allah, sama2 kita ziarah menziarahi :)

      Padam
  7. salam perkenalan. inspired nak susun peti sejuk guna bekas2 macam ni. bekas brand apa ni sume? esp yang hijau tu..
    jemput la singgah blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan nurin. Dulang hijau jenama apple lady. Bakul tu saya dah lupa tapi kat daiso ada warna putih.

      Padam
  8. LOVEEEEEE it! U label guna labelling machine ke? Mind sharing? Looks neat & practical. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Nanti saya buat entri pasal label lagi. Harap cepat pulih ya xeea! :)

      Padam
  9. Salam perkenalan, sama2 la kita menyusun atur yang mana perlu!

    BalasPadam
  10. sgt kemas & tersusun. Sukenya entri ni :)

    BalasPadam
  11. sukanya tengok cara akak organize peti ais. kemas dan praktikal.. saya pun suka tgk blog organizing dari luar negara.. sgt memberikan inspirasi.. saya pun baru-baru nak belajar pasal home organization.. excited bila tgk ramai jugak blog organization kat malaysia ni.. harap boleh kongsi lebih banyak tips di kemudian hari. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan. Akak dah jenguk blog Farhani. menarik!

      Padam
  12. Kak, kenapa kena masak dulu santan tu kalau nak simpan?

    BalasPadam
  13. mcmana masak santan..xpecah minyak ke?? sy kdg2 letak dlm sejuk beku santan yg lebih tanpa dimasakkan..

    btw, suka tgk peti ais sis..kemas n teratur. inspired !!

    BalasPadam
  14. inspiring! bila dikenangkan balik peti ais di rumah ya ampun... memang la serabut kepala bila tak tersusun gini!

    http://www.nuruldahlya.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau bersepah dengan kita sekali jadi berserabut

      Padam
  15. wahh best nya, sejuk mata memandang .... nak buat mcm ni jugak, sangat-sangat organize. He mesti akak jenis org yg tersusun urusan nya kan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. X organize sgt pun...ada waktunya huru hara juga

      Padam