Ahad, 28 April 2013

Bantal saya sudah ada sarung!

Sudah lama hendak buat sarung bantal tapi masih tertanguh. Sibuk. Pejamkan sahaja mata walaupun sebenarnya mata sudah tidak tertahan melibat bantal yang masih tidak bersarung.


Bantal ini pun hasil daripada projek kitar semula. Bantal-bantal yang 'lembik' saya keluarkan isinya dan buat bantal baru. Kainnya pula lebihan daripada langsir.

Sarung yang nak dibuat tidaklah canggih. Paling penting mudah dan cepat siap. Oleh kerana, sekali-sekala menjahit, kenalah skecth sikit. Nanti lain pulak jadinya.


Usaha dimulakan dengan mengukur dan menggunting kain. Saya gunakan pembaris sahaja. Pita pengukur saya hilang! 'organize' sangat la ni.


Jahit lurus bahagian atas dan bawah.


Sempatlah siapkan tiga biji tadi. Kurang sikit rasa sakit mata memandang.



Kurang satu checklist!


2 ulasan:

  1. cantik!! ;)

    btw, sy pun buat projek galeri kat page..nnti jemputle tgk..hihik

    BalasPadam
  2. elok sgt tu. mudah nak rujuk.

    BalasPadam