Isnin, 5 Mei 2014

Tempat Gantung Handbag

Tidak ke mana menghilang. Menikmati waktu-waktu yang agak kurang sibuk. Peluang yang jarang-jarang datang. Jadi bercutilah sekejap daripada blog dan fb. Menghabiskan beberapa buah buku yang dah mula baca sekian lama tapi tak habis-habis juga. Oklah, berjaya habiskan semuanya. Sampaikan Tuan Besar menegur, mahu ambik exam ker...

Dua tiga bulan ni, projek organizing berjalan seperti biasa cuma tidak berupdate di blog. Cuti blog. Projek terbaru, projek buat tempat gantung handbag. Ada jer jual online tapi gigih nak buat sendiri. 


Berjaya membeli bahan-bahan projek di kedai alatan menjahit selepas balik dari exam. Kepala masih pening-pening lalat dengan akta, peraturan dan adik-beradiknya. Oh, tukul tu saya tak beli. Sedia ada. 


Siap beli tools untuk tebuk dan pasangkan butang.


Tebuk satu lagi bahagian. Boleh kancingkan antara dua tali tu. Mengetuk-mengetuk untuk buat 7 tempat menggantung.  Lepas tu cantumkan kedua-dua tali tadi.


Inilah tempat asal saya gantung handbag. Terlupa nak ambik gambar sebelum. Jadi, bayangkan betapa serabutnya beg bergantungan. 


Inilah rupanya apabila dah gantungkan handbag.


Dah siap terus gantungkan kat tempat biasa gantungkan beg, belakang pintu. Tapi...terlalu panjang sampai meleret ke lantai. Kena adjust tempat gantung dan buat sementara waktu gantung kat wardrobe tu sahaja.


16 ulasan:

  1. Nice hanging idea...comel n so organized..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea asal pun dari pakcik google :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Akan kekal kemas kalau koleksi x bertambah . Tempat gantung cuma ada 7 sahaja :)

      Padam
  3. salam kenal sis..sangat kreatifff...tapi nak tanya lah.tali tuh pakai tali apa ekk???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal.. Tali tu pakai tali yang biasa digunakan untuk buat tali beg. Namanya tidak pula ketahuan...

      Padam
  4. Hi Kak, sgt practical tempat gantung handbag ni kan, save space.. Tkya beli plastic container yg sebesar engine kereta tu untuk letak handbag. Lagipun bila gantung gitu mata rambang juga nk buat choice bag apa nk pakai on that day... ; )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bubuh dalam kotak pun ok tapi menjadi buat akak. Asyik punggah pastu malas nak susun cantik2 semula...

      Padam
  5. Balasan
    1. Pakcik google yg bagi idea

      Padam
  6. Awesome! Terima tempahan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemahiran yang ada tak cukup bagus untuk buat tempahan. X kemas sgt.

      Padam
  7. ada dalam google ye..saya ingat baru nak tiru bulat2...nak x jadi guest blogger saya rabu depan..sebab saya tengok awak banyak juga buat DIY....boleh ye..kalau boleh...email saya: augustina_early@yahoo.com..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea asalnya guna kain . Akak tukarkan guna tali. Diy biasa2 ajer dengan pencetus dari carian google...nanti kita email

      Padam
  8. kagum nye......good job la......banyak beg akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak eh? Paling lama 2006...masih dipakai lagi

      Padam