Khamis, 16 Mei 2013

Sambungan Benang dan Renda

Hari itu ada cerita tentang gajah dalam Benang dan Renda. Ini pula sambungan entri tempoh hari. Saya mahu buat label. Kalau ikutkan hati, lebih mudah kalau guna pencetak label sahaja macam selalu.

Untuk projek ini, saya hanya gunakan template daripada microsoft work sahaja. Tiada mood untuk berkarya (walhal sebenarnya kepala berserabut amat apabila teringat-ingat hal pejabat tadi).


Saya hanya gunakan kertas A4 biasa dan tampalkan atas kertas warna hitam. Sambil potong-potong kertas, sempat mengarang ayat untuk membalas email yang agak provokasi agar tidak terjebak dalam provokasi itu. Adoilah...


Sudah siap. Sekejap sahaja. Siap untuk ditampal pada bekas alatan menjahit saya.



Sebelum



Selepas

Selesai satu slot kabinet. Masih ada 5 slot yang masih belum dikerjakan. Saya akan kongsikan sedikit-sedikit perkembangan saya menyusun bilik menjahit saya. Ingat, ini cerita gajah. Kenalah buat sikit-sikit. Ok, saya mahu balas email dengan ayat-ayat yang sangat berhemah.




12 ulasan:

  1. wahh...mata sy terbeliak pada ayat...pencetak label...you do really have? wow...!! beli katne?

    btw, label guna cara konvensional ni pun best kan!! cantik! =)

    hrp selesai urusan emel tu...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, fizah jgn imagine pencetak yg canggih manggih itu. Saya punya yg basic sahaja. Jenis tetra. Hubby punya.

      Padam
    2. nanti cerita n share gambar ek...klu ada yg murah2 harus beli ni...ritu jumpa kat tesco...Rm30 lebih kut...huhu memang TAKla nak beli sekadar buat label...sy laa tu..berkira! ngeh2

      Padam
  2. wow, bestnye entry ni...suke3..
    bole cube utk kemas bilik jahit saya tu.
    huhu...da lame rasenye tak menjahit. =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita kongsi idea bilik menjahit yer

      Padam
  3. BESTTT!! RASE NAK ORGANIZE RUANG MENJAHIT MAK...

    BalasPadam
  4. Wah... Kagumnya menjahit pon ada bilik khas ye?
    Cantik label tu... Suke3!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ada bilik kalau tidak habis bersepah semua tempat :) tq sudi jengah blog saya

      Padam
  5. sangat kemas...sangat memberi inspirasi suruh saya kemas barang saya jugak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq. Moh sama-sama kita sibuk dgn organizing

      Padam