Melipat kain adalah kerja yang saya paling tidak suka. Saya rasa sangat 'stress'. Selalunya fikiran saya berkira-kira bila akan siap apabila melipat kain. Begitulah bila tidak ada sistem dan kaedah yang sesuai.
Sebelum saya guna kaedah sekarang, saya melipat baju seminggu sekali. Ya, seminggu sekali. Sebab tidak suka lipat baju. Jadi bila hujung minggu terpaksa mengadap kain baju yang menimbun macam gunung. Kena luangkan masa yang lama untuk lipat baju. Sangat tertekan!
Ia seperti cerita tiada kesudahan. Sampai bila berterusan mahu stress. Jadi, gunakan sedikit ilmu yang selalu digunakan di pejabat. Buat analisa masalah dahulu.
Tidak suka, kain yang banyak dan masa yang lama. Tiga perkara utama dalam masalah saya dan melipat kain.
Tidak suka. Saya perlu alihkan minda saya kepada perkara yang saya suka. Jadi, fikiran saya akan kurang fikirkan bahawa saya sedang melalui keadaan yang amat 'menyeksakan'. Apa saya buat, saya melipat kain sambil tengok drama. Drama Melayu, Korea, Jepun sampailah ke Hindustan. Berkesan !
Kain yang banyak dan masa yang lama. Saling berkaitan. Kalau banyak kainnya, sudah tentu lama untuk siapkan. Ubah. Saya melipat kain dua hari sekali. Kalau saya membasuh pada hari Isnin. Saya akan melipat pada hari Selasa.
Pakaian yang akan dilipat, diasingkan dalam bakul mengikut kategori. Baju adik dengan baju kakak dalam bakul yang sama. Ibu dan ayah berkongsi pula kongsi satu bakul.
Dalam proses melipat, saya gunakan dua bakul. Satu bakul isi pakaian yang hendak dilipat. Satu bakul untuk yang telah dilipat. Kalau tidak, habis satu ruangan untuk letak baju yang sudah dilipat.
Lipat dan masukkan dalam bakul. Tak perlu fikir untuk menyusun ikut kategori. Saya akan susun ikut kategori selepas selesai melipat. Lebih jimat masa. Hanya tujuh minit untuk pakaian seperti dalam gambar kat atas.
Melipat kain sambil menonton drama. Sedar tak sedar siap melipat. Lepas ini, saya angkut bakul masuk bilik kakak dan adik untuk disusun. Boleh rujuk kat sini untuk lihat macamana saya susun baju anak saya.
Stress saya dah hilang. Percaya atau tidak, saya sangat suka melipat kain sekarang!
Wahhh bakul2 semua color-coded blue!! Cantik!!
BalasPadambakul first sama ngan saya..sy pun ada cerita pasal lipat baju ni..klu sy pulak...mmg tak abes lipat klu menonton sekali..hihi...kena fokus baru selesai...
idea asingkan baju parents ngan kids tu sgt bagus!! Sy pun teringin nak buat sbb serabut campur kecik besar..
Mudah sikit kalau siap2 asingkan. Sebenarnya saya memang asingkan ikut kategori masa membasuh lagi. Memang mudah.
BalasPadamSaya selalunye jemur dgn hanger. Pastu da kering ngan hanger2 tu terus sangkut dlm wardrobe. Cume baju Haziq je yang saya lipat..Bagus idea ni.. Thanks for sharing.. =)
BalasPadameh, sama la kita. Saya jemur guna hanger untuk baju yang saya gantung dalam wardrobe. mcm baju kerja dan baju sekolah. Baju biasa saya sidai kat ampaian saja.
PadamKerja melipat kekadang saya suka...kekadang tak suka jugak..
BalasPadamIkut keadaan.
Saya macam Fizah..nak lipat kain kene fokus..
Lipat sambil tengok tv makin lambat jadinya..
Lagi-lagi ada anak kecik yang nak menolong..alahai..
Jom tengok entry melipat pakaian saya..
Saja berkongsi momment bersama si kecil.. =)
http://apabilaazambercerita.blogspot.com/2013/04/acara-melipat-baju.html
Saya memula tu susah jugak. lama-lama menjadi..
PadamYe lah... kalau dah jadi kebiasaan,jadi senang je la kan....
PadamSaya masa melipat mesti berjam-jam.. nanak sebok nak melipat sama... mmm..layankan je laaa... =)
su just lipat baju anak dara kecil su je.itu pun setakat beberapa helai..hehe
BalasPadambaju kami berdua semua tergantung
termasuk baju harian dan baju jalan
sebab saya adalah sangat malas melipat
cara gantung pun saya dah organized nanti saya share kat blog
Kalau boleh nak gantung semua tapi ruang almari terhad. Kena lah lipat juga :)
BalasPadam