Pernah juga saya ambil masa hampir 15 minit mencari kunci rumah. Meraba-raba dalam handbag. Tidak berjumpa. Naik tangga ke bilik untuk mencari kalau-kalau tertinggal atas meja kerja. Masih tidak berjumpa. Turun semula, tuangkan semua isi handbag. Akhirnya, jumpa juga.
Oh, bukan itu sahaja yang saya jumpa. Saya jumpa plastik tisu yang sudah habis, tiket parkir dan segala macam barang yang tidak patut berada dalam handbag. Kalau di tempat awam bagaimana? Lebih-lebih lagi kalau kita berseorangan. Bahaya bukan?
Natijahnya, saya keluar lima belas minit lewat hari itu dan saya sampai di pejabat pukul 8.10 pagi. Punch card saya merah! Bermula hari tersebut, saya mula menyusun atur handbag saya.
Setelah beberapa lama mempraktikan kaedah susun atur, saya dapat mengurangkan barang dalam handbag yang saya usung bawa ke hulu ke hilir setiap hari.
Benda yang selalu berada dalam handbag saya:
1. Kunci (kunci rumah, kunci laci pejabat, kunci laptop saya rangkaikan sekali)
2. Kunci kereta
3. Purse
4. Bekas syiling dan sedikit wang kertas cukup untuk bayar parkir.
5. Telefon
6. Bekas bedak dan gincu
7. Bekas doraemon (tisu, tisu basah, tuala wanita, kad pekerja, pendrive, pengetip kuku, pen)
Bekas ini pula, bekas pertama yang saya gunakan sebagai bekas doraemon . Masalah apabila menggunakan beg ini ialah saya tidak nampak apa isi dalamnya. Sekali lagi terpaksa keluarkan isi 'perut' untuk tengok apa yang ada di dalam.
Kalau susah tukarkan saja. Beg lutsinar lebih praktikal. Saya boleh terus nampak apa yang tiada atau kurang dalam beg ini.Kadang-kadang saya masukkan tiket parkir dalam bekas ini. Harga cuma RM1.80 sahaja di kedai serbaguna.
Untuk handbag, pula saya pastikan handbag akan sekurang-kurangnya tiga poket. Satu poket untuk tempat kunci. Dua poket untuk telefon. Barang-barang lain, saya masukkan dalam hadbag tanpa gunakan handbag organizer.
Ini pula dalam handbag lain. Masih juga ada compartment atau poket khusus untuk kunci dan telefon saya.
Alhamdullilah. Kaedah ini melicinkan lagi aktiviti seharian saya ketika keluar rumah terutama apabila perlu membuka pintu rumah, kereta dan masuk ke pejabat.
Petang tadi ketika keluar pejabat dan menuju ke kereta, saya minta kawan untuk ambilkan kunci dari handbag yang tergalas di bahu saya. Tangan saya penuh dengan hamper. Dengan satu arahan sahaja, ambil kunci dalam poket berzip. Kawan saya berjaya mengambilnya dengan mudah. Binggo!
wowww..kemas...i loikeee...~
BalasPadamhandbag saya? ehee..blm blh pki handbag lg...masih share dgn beg dak baby.. letak sekaliarung,,tak byk beg kena bwk..;)
hahah gigih baca semua entri anda! saya S.U.K.A!!! =)
BalasPadamDulu saya pun pakai beg besar. Bubuh segalanya...bila anak dah besar, dah x perlu bawak banyak benda. Beg pun makin kecil. Pasal entry. Cuma 5 . Malu pulak rasanya. Budak baru belajar....
BalasPadamalaa jomla join nas...sokongan anda diperlukan.. =)
BalasPadamBetul..!!! Cukup tension bila kena "gaul" isi bag baru boleh keluarkan barang yang kita nak. Suka idea ni.. Boleh try.. Anyway welcome to Home Organising.. Kita banyak persamaan..
BalasPadamMama Lynd, masalah biasa untuk orang perempuan kan. Persamaan? mungkin kot. Ada 'penyakit' berkaitan organizing. :)
PadamPn Fizah, ok akan cuba.
Fizah.....start membaca blog ini..Best sangat!!
BalasPadamSaya jugak suka organizing...
Blog wajib singgah dan komen.. hihhii
Salam kenal..
Kita follow menfollow yee...
www.apabilaazambercerita.blogspot.com
Salam perkenalan, Diana. Tak sangka ramai yg kongsi minat yg sama! Meriahnya...
Padamsuke tgk yg kemas cm gini...
BalasPadamblom blh nk galas handbag...masih kongsi dgn beg anak...
nanti anak dah besar, bolehlah mencuba!
Padam