Sabtu, 13 April 2013

Mari susun baju dalam laci

Perkara yang sering membuatkan saya 'stress' ialah apabila laci baju bersepah selepas baru disusun. Ya, apabila anak lelaki saya memilih baju sendiri. Kadang-kadang baru sepuluh minit dikemas, sudah bersepah semula. Mencabar jiwa dan raga betul!

Tanya Pak Cik Google. Itulah, perkara pertama saya lakukan untuk menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan ini. Memang ramai yang sanggup berkongsi pengalaman dan kaedah masing-masing di laman web. Sungguh mengujakan dan memberikan inspirasi hingga tidak sabar-sabar hendak mencubanya.


Inilah hasilnya setelah mendapat inspirasi daripada laman web. Baju dilipat dan disusun dalam kotak mengikut jenis seperti t-shirt, seluar dan pijama. Kotak seperti yang saya gunakan memang ada dijual di pasaran. Untuk projek ini, kotak saya sediakan sendiri daripada lebihan kain daripada projek menjahit saya


Beginilah rupa kotak yang saya buat. Mula-mula saya jahit kain dan masukkan kertas keras yang dipotong daripada kotak. Habis semua ilmu matematik saya terpaksa gunakan. Nanti saya tunjukkan satu per satu cara menjahit kotak ini dalam entry yang lain.


Ini pula laci kedua. Saya letakkan seluar dan pakaian dalam.Hajat hati nak buatkan kotak tapi kain dah habis. Jadi, saya gunakan kotak kasut yang dibalut dengan kertas sahajalah.

Sudah dua tahun saya gunakan kaedah ini. Memang berkesan. Susunan baju memudahkan anak saya memilih pakaian yang dia mahukan. Tidaklah seperti sebelum ini, punggah baju sehingga jumpa. Lebih parah apabila baju yang dicari,  disusun pada bahagian paling bawah.

14 ulasan:

  1. adohaii...terujanyaaa sy dgn idea ni...!! cantik dan kemasnya! paling penting, efektif!! please..please...please..please join GA saya supaya dapat share idea ni dgn semua... seriously nk tahu cmne diy kotak tu...share nanti tau...hehe super-super L.I.K.E!!!!

    BalasPadam
  2. Blh x wt tutorial box tu..
    Ingin nk tahu

    BalasPadam
  3. Kak, mana tutorial buat bekas kain tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...hutang lagi la izan. In sha Allah akan buat entri nanti

      Padam
  4. makna baju tu semua bukan dibaringkan, tetapi diletak secara menegak ya? macam susunan buku di perpustakaan? menarik ni

    http://www.nuruldahlya.com/

    BalasPadam
  5. Tq 4 ur idea.. Haha.. Dlm proses jgk.. Mohon gune idea ya

    BalasPadam
  6. terujanya saya melihat susn atur ni..tq ilham ni leh guna tuk anak dara saya nya almari lak...tima kasih ..sy guna ye idea ni...

    BalasPadam
  7. saya pun guna idea ni cuma tak berapa rajin nak balut kotak la. togel aje kotak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe.nanti bila datang angin rajinnya, buat projek balu membalut pulak.

      Padam