Sebelum saya 'tergila-gilakan' Martha Stewart, saya menyusun perkakasan rumah dengan tujuan rumah menjadi kemas. Kemas dan teratur tetapi susah untuk diselenggara. Martha Stewart membuka pintu perubahan pada saya. Saya gigih menelaah semua info berkaitan house organization ketika berpantang kelahiran anak lelaki saya pada 2008. Daripada siri tv sehinggalah ke laman web.
Saya mula menyusun perkakasan rumah berdasarkan cara dan resam hidup kami sekeluarga. Menyusun atur bukan sahaja untuk kemas tetapi memudahkan urusan seharian. Antara perkara pertama yang saya ubah adalah tempat menyimpan cawan dan pinggan untuk anak-anak saya.
Kenapa? Sebab selalu terjadi apabila sibuk dengan urusan lain terutama ketika menyiang ikan, anak perempuan saya akan minta bantuan untuk ambilkan cawan untuk dia. Mahu tak mahu kena berhenti untuk ambilkan cawan dia.
Bekas untuk sudu dan seangkatan dengannya, saya gantungkan pada pintu kabinet. Ada tiga semuanya. Saya latih anak saya untuk asingkan peralatan mengikut fungsi.
Mangkuk , gelas dan pinggan saya susun dalam bekas yang ada pembahagi. Bekas daripada IKEA. Harganya saya sudah lupa. Bekas pembahagi ini memudahkan anak saya untuk menyusun sendiri peralatan kegunaan mereka. Gelas dalam slot ini. Mangkuk pula dalam slot ini.
Saya peruntukan satu ruang dalam kabinet khusus untuk perkakasan tersebut dan hadkan jumlah perkakasan yang ada. Kalau banyak lebih susah untuk menyusun.
Dan akhir sekali, ruangan yang dikhususkan perlulah ruang yang senang dicapai oleh anak-anak.
Itu sahaja cerita saya. Tiada lagi dialog "Ibu tolong ambilkan cawan untuk kakak"....
Selain daripada ini, ada banyak tips yang anda boleh dapat di sini. Semoga anda dapat manfaat daripadanya!
saya kan...mmg ada problem nk kemas pinggan kids ni..this is a gud idea cuma sy nk kena figure out part mana nak dikhususkan utk tujuan ini..skrg ada, cuma tak berapa efektif mcm ni..
BalasPadambtw sy ada bekas muka tu tp warna hijau - buat letak bekas pensel anak2..=)
nice SHARING..!! =)
Sebelum letak dalam kabinet ni, saya letak dalam laci. kejap-kejap buka laci lepas tu hampir tersepit jari. Kena tempat yang betul-betul sesuai.
BalasPadamCantik n kemas, mana beli bekas muka tu?
BalasPadamsy tlg jwb hek..sy beli kt econsave =)
PadamTq :)
Padamyup, econsave
BalasPadamComel lah ruang pinggan mangkuk khas tu. Kalau anak saya mesti suka sebab konon2 dia pun ada 'ruang dapur' sendiri, stok suka tiru keje org dewasa, hihi!, orait boleh diaplikasi dalam rumah baru nanti..thanks for the idea.. :)
BalasPadamBetul. Anak saya excited betul masa mula2 saya tunjuk kabinet ni kat dia. Siap cakap org lain x boleh letak barang kat kabinet dia. She got her own space...
Padamso praktikal!!!
BalasPadamand colourful...
aida terjah dari blog fizah...
Salam perkenalan. Memang ramai dtg ke sini dari blog fizah.
PadamMoh kita sama2 kongsi idea oerganizing
comellll.....
BalasPadamfollow ur blog :)
Toce
Padam