Rabu, 29 Januari 2014

Packing list


Apabila kerja luar, beg pakaian yang di heret. Bila balik kampung, beg pakaian juga yang diheret. Balik kampung dan melancong itu seronok tetapi bab kemas dan susun baju dalam beg yang kurang seronok. Peningnya macam mengalahkan nak buat roket...

Kalau masa adik atau kakak masih baby, macam-macam yang nak dibawa. Menjadi satu tekanan pula rasanya apabila mengemaskan barang-barang hendak dibawa. Turun naik tangga berkali-kali untuk ambik itu dan ini tapi tak siap-siap juga!


Senarai ini saya buat semasa adik masih kecil. Lebih kurang 4-5 tahun lepas. Senarai keperluan untuk  2 orang dewasa, seorang kanak-kanak dan bayi untuk perjalanan 3 hari 2 malam. Kalau saya kerja luar, saya selalu rujuk senarai ini. Tak perlu fikir banyak-banyak nak bawa apa.


Tengoklah senarai ni, dah bertahun berkhidmat sampaikan dah tak de rupa. Lagipun tampal kat papan notis. Lama sangat rancang nak buat elok-elok tapi kan sebab keutamaan kurang maka  jadilah macam tu jugak. Sampailah pertengahan tahun lepas, barulah saya dapat kemaskini senarai. 


Ini pula senarai baru. Senarai ini lebih umum dan lengkap dengan bilangan hari. Saya buatkan senarai untuk 5 hari 4 malam. Kalau 3 hari 2 malam masih boleh rujuk senarai ini. Senarai baru ni dah digunakan sejak tahun lepas. Alhamdullillah, memenuhi keperluan dan sesuai dengan cara saya dan keluarga.


Semalam gigih mencetak dan mahu laminate. Sudah tidak mahu tampal pada papan notis.


Buat 4 keping untuk beg ibu, ayah, kakak dan adik. 


Mana mahu letak? Letak dalam beg la...

Senarai ini benar-benar memudahkan saya. Jimat masa dan tenaga. 

16 ulasan:

  1. wow... sungguh teliti puan!


    http://www.nuruldahlya.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau teliti tak de makan tahun nak cantik kan list :)

      Padam
  2. suka idea ni!! tenkiuuu nak cuba cara ni

    BalasPadam
  3. tahu tak....sy pun adaaaaa senarai niii...pun dah lunyaiii...haha...mmg organizing junkie kita ni kan...mihmihmih ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat senarai saya jer lunyai .. :)

      Padam
  4. Inspiring.. Sebenaarnya dah lama dah nak buat (sebab asyik come up with new list) tapi asik tak terbuat je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba dengan satu list dulu. Pastu update sket2 sampai ok

      Padam
  5. bagus gak ek buat packing list camni..kalo mamilisa bab packing la paling pening nak mikior pakai n bawak baju ape..

    BalasPadam
  6. This is kool!!!!! I nak copy paste plisss

    BalasPadam
  7. samaaa..saya pun suka buat list gini..tapi selalu jenis pakai buang, nak travel lain buat list baru..nak kena amik idea ni nak laminate..thank you for sharing :)

    BalasPadam
  8. awak laminate macam mana ye? ade mesin laminate ke kat umah? atau antar pi kedai?

    BalasPadam