Khamis, 13 Februari 2014

Felt dan kabel?

Saya usahakan projek kali ini sebab saya tidak suka lihat keadaan kabel IPhone dan iPad saya dalam bekas yang saya usung ke hulu dan ke hilir ini. Tidak kemas dan berterabur bila saya tarik kabel keluar. 

 
Tak kemas kan...


Saya gunakan kain felt dan getah. Mulanya mahu jahit 3 jaluran getah tetapi akhirnya ubah kepada satu jaluran sahaja.


Inilah rupanya apabila siap. Saya masukkan kertas tebal sebelum cantumkan 2 keping kain felt.


Selitkan kabel pada celah getah.


Bahagian belakang pun saya jahitkan getah, cuma warna sahaja yang berlainan.


Dah siap dan sedia untuk dimasukkan ke tempatnya.


Ok, siap.

5 ulasan:

  1. Untungnya bila pandai menjahit, semua jadi mudah. Yang penting kena rajin. Btw, suka pada kekemasan. Good job tuan rumah.

    BalasPadam
  2. Wah!kreatif sungguh. Btw,great idea

    BalasPadam