Jumaat, 17 Januari 2014

Bobbin oh bobbin

Lagi-lagi berkisah tentang bilik menjahit saya. Sudah masuk tahun baru. Masih belum siap jugak. Susah benar mahu melapah gajah. Kalau yang tidak tahu cerita gajah, boleh rujuk disini, sini dan sini.

Hujung minggu lepas jugak, saya dengan gigih menjahit kain sekolah kakak. Kain potongan A biru tua. Masa tahap 1, pakai baju kurung sahaja. Senang. Main tunjuk-tunjuk sahaja kat kedai. Tak perlu kumpul semangat untuk menjahit.

Masa memula nak menjahit, susah benar nak cari bobbin yang dah ada benang warna biru. Rasa-rasa ada tapi tak jumpa. Selalunya kalau macam tu, cari bobbin baru dan gulungan benang yang mahu tapikan...bila dah siap terjumpa pula warna yang kita cari tadi. Aiseh, rasa macam buang karen ajer.

Siap sahaja menjahit kain sekolah kakak, saya buat projek sikit. 


Kertas pembalut hadiah dengan kotak yang dipotong ikut saiz bekas yang hendak diisi dengan bobbin.


Masukkan kotak yang dibalut dalam bekas bobbin. Bekas ni bekas kuih raya. Pastu cucuk jarum macam gambar kat atas. Satu batang jarum boleh letak 2 bobbin. Nah dah teratur.

Oklah, saya mahu sambung tulis kertas kerja...manalah tahu kot2 CEPSI Jeju mahu terima saya tahun ini !

11 ulasan:

  1. idea yg sgt menarik.leh tiru x idea ni.hehe

    BalasPadam
  2. sangat kreatif..akak suker baca blog awak ni..banyak idea utk susunatur..
    salam perkenalan dari akak..akak pun dah terjebak ngan projek susunatur ni..akk dah letakkan blog ni dalam bloglist akak yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga dan tq

      Padam
    2. Sama laa kita...saya pun ske baca blog tuan tanah nih...bila baca entri2 nya..rasa mcm ..org nya seorang yg teratur dan teliti setiap kerjanya kan..kan..kan!

      Padam
  3. owh,,, menarik,,, sgt kretip gitu,,, :D

    BalasPadam
  4. banyak kita review blog ni hari ni...
    banyak boleh tiru..kalau ada kesempatan nak mengemas..hu..hu..
    slam kenal & dah follow.
    :)

    BalasPadam