Timothy gelak di hujung talian.
Gelak seperti tidak percaya jadual saya untuk bulan ini dan bulan depan telah penuh. Bulan seterusnya juga hampir penuh. Betul. Saya pun tidak tahu bagaimana saya akan melaluinya. Hampir setiap minggu akan bekerja di luar. Outstation. Sibuk.
Kesibukan ini menghimpit. Hobi menjahit saya tinggalkan. Blog pun semakin jauh. Apatah lagi, projek-projek rumah yang saya aturkan sebelum ini. Ketika menulis entri ini pun, saya jauh dari rumah. Tiga hari berkelana. Menyiapkan business plan. Dari pagi membawa ke malam. Tidak sempat menjelajah blog.
Apabila saya outstation, semua urusan kakak dan adik akan dibuat oleh Tuan Besar. Diuruskan dengan cemerlang sekali cuma bab-bab pakaian kuranglah sedikit. Pernah dulu semasa kakak kecil, Tuan Besar pakaikan stokin sebelah warna kuning dan sebelah warna purple. Baju dan seluar pun bukan pasangannya. Senyum sahajalah...
Sejak dari itu saya mulakan operasi dalam menyusun atur pakaian kakak. Tidak mahu peristiwa stokin kuning dan purple berulang lagi !
Macam-macam cara yang saya cuba pada mulanya sehinggalah saya jumpa dengan kaedah yang saya rasa praktikal buat saya. Alhamdulillah, diam tak diam sudah tiga tahun. Semakin selesa dengan kaedah sekarang. Tak banyak pun, tiga sahaja....
1. Hadkan bilangan pakaian ikut kategori. Baju untuk outing saya hadkan kepada 5 hari 4 malam sahaja. 7 pasang pijama dan 10 pasang baju basahan. Tidak banyak tapi sedang elok cukup untuk kakak. Lebih mudah diuruskan.
2. Susun baju ikut kegunaan dan kategori. Kalau baju yang digantung adalah baju untuk outing. Yang berlipat pula dalam kotak pula yang dipakai di rumah. Stokin dilipat bersekali dengan pasangannya. Anak tudung dalam tempatnya. juga sama.
3. Pakaian yang ada almari adalah pakaian yang memang digunakan sehari-hari. Setiap 6 bulan saya akan semak pakaian kakak. Mana-mana yg tidak lagi muat dan tidak lagi dipakai akan dikeluarkan dari almari.
Oklah, meh kita jenguk almari kakak.
Baju untuk outing.
Baju harian di rumah
Cuma dua gambar sahaja. Gambar lain tiada dalam simpanan saya. Nantilah saya ambil gambar bila balik nanti...
Kemas almari baju kakak..susun elok je..usahkn ank..kalu isteri takde,pakaian suami pun kelam kabut
BalasPadamBiasalah org lelaki...kena ada sentuhan isteri bab2 baju nih :)
BalasPadamwewiiittt kemas almari kakak...sedap mata memandang :)
BalasPadamitu belum tengok masa dulu-dulu :)
Padamhaha.. baju bukan pasangan memang kegemaran tuan tanah gamaknya.. asalkan anaknya berbaju.. hahaha... ;)
BalasPadamcantik la bekas baju berlipat tu.. balut dengan kain ke tu?
hihihi, dah ramai yang tanya pasal kotak kain tu. entri hutang lagi...
Padam