Tiba-tiba sahaja. Terlintas. Teringin makan ikan percik. Kesukaan saya. Ma selalu masakkan apabila ada sesuatu istimewa. Mungkin sebab rindu juga, saya jadi beginikan...
Mehlah tengok rupa menu saya yang tahap-tahap amatur nih.
Lepas ini juga, harus mencari kuali pemanggang ikan yang disebut-sebut kawan-kawan selama ini. Katanya lebih mudah. Gigih memanggang sambil mengelamun. Sikit lagi mau hangus ikannya. Hishhhh...
Ni gambar kuahnya.
Kuahnya:
1 ulas bawang putih - kisar
3 labu bawang besar - kisar
1 cm halia - kisar
1 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
3 sudu cili kisar
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa.
Caranya:
Tumiskan cili kisar dan masukkan santan kalau sudah pecah minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, asam keping dan serai. Kacau kuah sekali sekali. Kalau sudah mengelegak, perlahankan api. Bila agak-agak pekat dan warna keperang-perangan bolehlah tutupkan api dapurnya.
Kalau hari biasa saya tak masak menu ini. Lebih dari setengah jam..
teringat kat mak cik hani jugak..sedap ikan percik mak masak..
BalasPadamAir tangan ibu paling sedap kan. Tiara bandingan
Padamnampak sedap hasil tangan suri...nyummy ;)
BalasPadamSuri yg x berapa reti masaknya :)
PadamUrm
BalasPadamNak tanya, macamana panggang ikan tu? Guna dapur gas ek? Saya tak pandai nak elakkan Air ikan tu dari menitik kena dapur. Lama2 blh tersumbat dapur. Guna pemanggang ajaib hasilnya kurangg best sikit. Sbb kita nak dapatkan aroma panggang tu...
Mula-mula balut dulu dan panggang. Bila dah agak masak, buka bahagian atas, panggang atas dapur. Bila air dah kering baru balikkan. Comot jugalah sikit. Hmmm ...agak2 faham tak ya
Padam