Khamis, 17 Oktober 2013

Intai : Amari Orchid Resort & Tower

Komuniti dalam bidang pengkhususan kerja saya tidak besar. Minoriti.

Beberapa tahun sudah, saya ke HAPUA Thailand. Menjadi wakil delegasi Malaysia. Datang seronok bila berpeluang berkenal-kenal rakan sealiran dari pelosok ASEAN. Seolah-olah bercerita bahasa yang sama. Seperti bertemu buku dan ruas! 

Bermula di Bangkok dan seterusnya ke Pattaya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik-baik belaka. 

Saya menginap di hotel sangat memuaskan hati di Pattaya.

Amari Orchid Resort & Tower. Hotel yang cantik. Letak duduk bersebelahan dengan Hotel Sangri La kalau tidak silap. Kawasan resort yang sangat luas dan mengadap pantai.  


Landskap pun cantik.


Taman bertingkat-tingkat. Bersebelahan kolam.


Lobi yang sangat luas. Entah kenapa saya teringat akan chess board tatkala memandang jubin lantai. Apapun saya sukakan komposisinya warnanya.


Ruang menunggu sebelum daftar masuk dan keluar.


Bilik saya mengadap hotel lain. Bukan mengadap laut. 


Masuk sahaja ke bilik disambut dengan welcome note di skrin tv. Siap dengan nama penuh. Langsir hotel dan langsir bilik tidur saya ! Bezanya cuma sedikit tebal. Warna bilik, off- white dan sedikit light grey untuk feature wall.


Toliet di sebelah kiri. Toilet yang boleh nampak panorama luar . hahaha ....terpikir dua tiga kali masa mahu lunaskan hajat. 


Clean look. Ada bath tab di belakang katil tapi tiada pula gambarnya.

Bilik yang cantik. Servis pun bagus. Katanya 88% yang pernah ke sini setuju mencadangkan hotel ini kepada yang lain. Buat yang mencari-cari idea untuk ubaisuai rumah mungkin boleh dapat idea daripada sini.  

4 ulasan:

  1. toilet diorang ni kdg rasa tak privasi lgsung..hihi..btw nice room! :)

    BalasPadam
  2. Saya suka bilik dan rumah style hotel..sbb nampak tenang, kemas, dan tak berserabut...api budget mau besar la kan...huhuhu...

    BalasPadam