Semalam penuh dengan aktiviti. Pagi sesudah Tuan Besar pergi kuliah, saya dan anak-anak keluar sarapan di luar. Mahu sarapan nasi lemak Adik tidak mahu sarapan roti. Rancangannya mahu membeli barang dapur di pasaraya selepas sarapan.
Balik dari membeli-belah, semangat saya berkobar-kobar untuk menjahit baju raya kakak. Siap kain kakak, saya sambung pula dengan jahit sarung cadar dan bantal adik. Sambil menjahit, saya membasuh kain baju.
Sudahnya saya penat ! Dalam itupun berkira-kira masih mahu masak menu makan malam sekian sekian. Fikir punya fikir, mahu simpan sedikit tenaga untuk melipat kain malamnya, saya masak menu mudah sahaja. Nasi goreng lada hitam. Lebih kurang macam nasi goreng cina.
Bahan-bahannya :
- Ikan bilis - 1/2 genggam (ikut suka nak bubuh banyak mana)
- Bawang merah - 4 ulas (bawang besar 1 labu)
- Bawang putih - 2 ulas
- Cili padi - ikut suka
- Sotong - 4 ekor
- Lada hitam - 1/2 camca
- Cendawan butang - ikut suka (semalam cendawan x de, kira daruratlah)
- Garam dan gula (untuk gantikan bahan perasa)
Cara-caranya:
- Ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi di kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
- Masukkan sotong dan tunggu hingga sotong masak
- Masukkan bahan perasa dan dikuti dengan nasi.
- Masukkan lada hitam dan gaul serata.
- Siap!
Saya gorengkan keropok lekor untuk makan dengan nasi goreng. Kalau ada kerabu kacang botor pun sedap ni..
Bertambah sayang anak-anak dapat makan hasil air tangan ibu kan? Ahaa....bagusnya masak tak guna bahan perasa segera...demi kesihatan :-)
BalasPadam:)
Padammasak & kemas rumah....emmm...sy kadang2 jek berkobar. Tapi sy harap akan ada perubahan yg positif. Suka tengok rumah teratur, tp sy tak kan berjaya kalau sy keseorangan....
BalasPadamIbukan perkasa. Tgn boleh goncang dunia. In sha Allah, boleh tu!
Padam