Kesempatan yang jarang-jarang muncul.
Pagi Hari Raya kedua. Seawal 7 pagi, saya, abah, ma, Maksu dan Ayah Da ke kebun durian. Kebun yang menyimpan seribu cerita dan kenangan dengan arwah Aki dan Wan.
Ada rindu yang bertandang...
Sepertinya baru semalam, bersama-sama dengan Wan dan Maksu di kebun durian. Masak Nasi dan mandi sungai. Menjelang petang, duduk dibelakang lori bersama-sama dengan bakul durian untuk balik ke rumah. Tahun-tahun sebelum arwah Aki jatuh sakit diserang angin ahmar.
Pokoknya semakin meninggi.Sungguh tenang disini.
Buah manggis sudah mahu masak. Menunggu masa sahaja. Dulu-dulu saya memanjat sampai ke atas. Dahan pokok manggis kan tersusun cantik. memang mudah nak memanjat. Kini, pokoknya sangat tinggi.
Ini pula pokok rambai..
Cempedak juga berlumba-lumba membuahkan hasil.
Agak-agak durian dah gugur sekarang. Huh, teringinnya balik kampung lagi!
Wah bestnya, kebun nmpk sungguh kemas dan bersih. Kami pon menunggu manggis masak, berbesen2 kalo menjadi buahnya.
BalasPadamTerbayang pulak ulasnya yg putih
PadamBersihnya kebun....saya suka buah2 kampung mcm ni :-)
BalasPadamtapi bukan saya yang jaga, saya makan hasilnya sahaja!
Padam