Ada masa-masa saya rasa menyesal membeli meja makan itu. Empat segi sama dengan lapan kerusi. Susah benar mahu mencari alas meja yang sesuai.
Kali ini sudah nekad, beli kain dan jahit sendiri. Hujung-hujung tahun ini banyak jualan murah. Jengok-jengok harga kalau-kalau berbaloi dibeli. Alhamdulillah, jumpa juga dan dapat potongan.
Lebarnya 60 inci tapi masih tidak cukup untuk menutup meja dengan cantik. Terpaksa jahit tambahan kain di kiri dan kanan. Barulah kainnya labuh. Kalau tidak, umpama kain baju kurung senteng!
Fuhh...lega bila sudah beralas.
betol...merata sale, kena pndai pilih je
BalasPadamBetul susah nak pastikan yang betul2 sale atau sememangnya harga biasa...
Padamjahit dan siapkan sendiri lagi jimat kos dan puas hati. boleh design sendiri
BalasPadamBoleh lah setakat ikut kemahiran terhad nih :)
Padampuan NAS is an engineer! maknanya ada harapan bagi saya untuk menjadi penyusunatur seperti puan jua.. ( akibat baru baca your profile kat atas tu haa hehe)
BalasPadamhttp://www.nuruldahlya.com/
Sapa2 pun boleh obses dgn susun atur :)
PadamKain tu jenis apa ya?
BalasPadamenglish cotton tu ek? tebalkah?
TQ
Lupa la pula jenis apa...kain ini agak tebal dan berat
Padamsaya pulak menyesal beli maja makan saya tu sebab susah nak maintain bersih nyer..nak di alas saya tak suka..hahaha...lepas tu merungut2..ngeeee....
BalasPadamIngatkan kita sorg jer dok menyesal. Ada geng ler :)
Padamcantikkkk
BalasPadamala2 rustic ckit :)
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY
:)
Padam