Adik bangun menerjah dari katil untuk menutup laci dia. Agaknya malu apabila saya bawa kamera untuk ambil gambar laci dia.
“Tu la bersepah sangat” sambung kakak.
Memang bersepah pun.
Pada mulanya saya hanya letakkan kotak berisi kelengkapan seperti bedak, sikat dan gel rambut adik sahaja. Makin lama makin bertambah pula. Macam-macam yang dia letak. Ada pensil warna, kertas lukisan sehinggalah ke tabung duit dia. Permainan dia pun ada. Semuanya dalam laci ini.
Iyalah, dia tak ada rak macam kakak. Nantilah, bila adik sudah masuk sekolah nanti, ibu sediakan rak untuk adik. Macam kakak.
Projek hari ini, untuk kemaskan laci adik.
Mula-mula kosongkan laci dia
Masukkan pembalut hadiah.
Potong ikut saiz kotak dan tampal pada dasar kotak.
Rupa apabila projek selesai.
Tuan empunya seronok. Kali ini tiga orang bersungguh-sungguh mengerjakan laci adik. Alhamdulillah, Dia percikkan rasa bahagia dalam hati ini apabila melihat anak-anak seronok...
Adus kemas bertambah comel dgn pembalut hadiah tu
BalasPadamDia tercegat lama depan laci. X percaya kot. Alahai adik
Padamada ekk pmbalut sebegitu punya comel...pakkal belum jumpa..klu tak, sambar sokmo...;)
BalasPadamvery NICE transformation nas!! =)
pembalut tu sungguh comel!!!
BalasPadamAdik dah dapat laci yang menarik dengan susun atur yang teratur sangat! Jangan sepah-sepah lagi ye....??
BalasPadamBagus untuk aktiviti bersama anak-anak..
Pupuk sedari kecil besar nanti jadi teratur dan tersusun juga hidupnya..
Insya Allah..
kemas...sgt berbezangn sebelom..comel pembalut tu..
BalasPadam