Saya

 

Kerjaya dan rumahtangga.


Saya juga seperti wanita lain yang berkerja. Sering ada masalah menguruskan kehidupan seharian. Kehidupan di pejabat yang amat menuntut profesionalisme. Masa bekerja yang kadang tidak menentu dan selalu juga bekerja diluar kawasan.

Adalah sesuatu yang payah untuk mengimbangi kerjaya dan rumahtangga. Mahu atau tidak, ‘home organizing’ adalah perkara yang perlu saya beri perhatian. Jika dulu saya perlukan 50 minit untuk memasak. Saya perlu kurangkan agar ada perkara lain yang boleh mengisi ruang masa yang ada. Ia seperti proses pembelajaran biasa. Berkembang seiring dengan peredaran masa, pengalaman dan usia.

Cerita bermula dengan Martha Stewart and Athea Turner.




Saya dan 'organizing' bermula dengan mereka berdua. Ianya seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Perfect Housewife. Siri TV kegemaran. Daripada sekecil-kecil perkara seperti tips menyusun perkakasan dalam kabinet dapur sehinggalah cara membersihkan kesan daki dalam gelas ditunjukkan.Teruja.Saya mulakan secara perlahan-lahan. Sedikit sebanyak memudahkan kerja rumah seharian.

Jika Athea menumpukan kepada housekeeping, Martha pula memberikan lebih banyak tip berkaitan rumah. Apatah lagi ketika itu, saya dan suami baru membeli rumah. Banyak idea ingin direalisasikan tapi duitnya kurang. Jadi, saya hanya buat mengikut kemampuan.

Rupanya, budget yang kurang itu menjadikan perjalanan saya dalam menyusun atur rumah lebih menarik dan mencabar. Saya perlu lebih kreatif menggunakan apa sahaja yang ada sebagai ganti atau memikirkan kaedah lain yang lebih baik dan murah.

Cerita bersambung dengan Iheart Organizing, Alejandra dan Malitose79.




Jen dan Iheart Organizing. Laman sesawang ini, saya jumpa ketika merayau dengan Pak Cik Google untuk mencari tip menyusun atur peti sejuk. Kemas dan teratur. Dia ada hujah sendiri setiap barang yang diatur.

Youtube membawa saya kepada Alejandra. Pantry dia sungguh cantik dan teratur. Pantry di rumah lama. Sekarang dia sudah ada rumah baru.

Youtube juga membawa saya kepada Malitose79. Saya suka dia. Saya kira dia sangat berhemah dalam kos menyusun atur dalam rumahnya.

Tiada sempurna


Mengurus dan menyusun atur rumah tiada hujungnya. Hari ini, susunan aturnya elok pada kita tapi esok mungkin lagi tidak. Mana mungkin sempurna. Yang sempurna hanya Dia Yang Maha Agung. Sehingga kini saya masih belajar untuk menguruskan rumah. Semoga pengalaman yang saya kongsikan dalam Apples and Oranges dapat membantu anda semua. In Sha Allah!


Salam Sayang,