Berubah
Jumaat lepas, saya selesaikan HAT-Harrison Assessments Talent. Pesan email dari HR, jawab dengan keadaan paling tenang dan jujur. Soalannya mudah, siapa saya sebenarnya.
Rasanya dulu-dulu saya begitu dan begini tetapi sewaktu menyusun statement ketika assessment, saya merasa saya tidak lagi seperti dulu. Berubah. Ya, berubah. Sementelah lagi, usia semakin bertambah.
2013 - Antara tahun yang penuh dengan warna-warni buat saya. Warna-warni yang membawa perubahan pada saya.
Apples and Oranges
Kakak memberikan nama Oranges dan saya menambahkan Apples di hadapannya. Jadilah ia, Apples and Oranges. Cerita pula berkisar tentang pengalaman saya dalam susun atur rumah. Sesekali terselit cerita-cerita saya melalui nota hati.
Entri pertama bercerita tentang laci botol rempah dan balang biskut raya. Entri seterusnya adalah laci adik. Entri inilah yang membawa saya kepada geng susun atur. Geng yang banyak idea. Kreatif. Empunya susunatur sioca antara orang awal yang menyapa Apples and Oranges.
Saya masih seakan tidak percaya yang saya mampu menulis walau dihambat kesibukan dan outstation yang tidak putus-putus. Bermula dengan satu entri dan akhirnya beranak-pinak di galeri. Ada yang dari idea asal sendiri dan ada juga dari idea geng-geng susun atur yang lain.
Melihat semula Apples and Oranges, saya rasa ada sedikit rasa kepuasan. Kepuasan dapat berkongsi idea dan pengalaman yang sedikit ini...
let's share more for the beautiful 2014....yeahhh!!! :)
BalasPadamIn Sha Allah
PadamTeruskan menulis blog Nas...sama-sama kita share mengenai susunatur...
BalasPadamJom sama2lah kita
BalasPadamsalam kenal dan ziarah
BalasPadamnanti singgah blog saya plak ..saya dah follow awak
nanti follow saya balik ... tq '-'
Salam kenal...
PadamSalam. Saya jumpa blog ni masa sibuk nak renovate rumah. saya sukakan blog ni seriously. selalu jengah walaupun ni kali pertama tinggalkan jejak. Harap tuan rumah akan terus menulis dan berkongsi.
BalasPadamTq :)
Padamyup..banyak jugak yang saya belajar dari sini kak.. :)
BalasPadamSuke...
BalasPadamAntara ibu bkerjaya yg menjadi sumber inspirasi sy...