Rabu, 17 Julai 2013

Tiga Cerita di Awal Ramadhan

Alhamdulillah, sudah seminggu berpuasa. Selama itulah juga, saya tinggalkan blog dan facebook. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan. Ada perkara baru yang perlu diharung. Selebihnya adalah refleksi diri menyambut Ramadhan.

Ulangtahun Kelahiran

Syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk melangkah ke usia yang seterusnya. Dilimpahkan rahmat dan rezeki yang tidak pernah sedikit olehNya walau terkadang jiwa ini agak nakal.




Gambar ini saya ambil seminggu sebelum birthday di pejabat Tuan Besar. Ada rasa yang terselit ketika saya memandang pemandangan ini. Masihkan banyak waktu yang tinggal untuk merebut peluang untuk mencari redhaNya?


Angin Perubahan

Sebulan yang lepas, keadaan di pejabat tenang-tenang sahaja. Orang besar nombor satu di Harvard hampir sebulan. Orang besar nombor dua ke Scotland. Orang besar ketiga ke Beijing. Oh, tiada kata dapat mengambarkan perasaan saya ketika itu. Bos takde :)

Awal Ramadhan membawa cerita gembira kepada Orang besar ketiga. Naik Pangkat. Naik setapak lagi dalam pengurusan korporat. Agak-agaknya apa mimpi yang dibawa balik dari Harvard.
 
 
Sweet and sour. Ya, ada ketikanya rasa pahit untuk memenuhi apa yang dia mahukan. Lima tahun. Cukup untuk mengenal cara dia bekerja. Sudah boleh faham dan membaca apa yang dia mahu. Ketua dan mentor yang bagus. 

Saya? Terfikir-fikir bagaimana menguruskan bos baru. Teringat ketika tahun-tahun awal dengan bos dulu. Bila sistem bermasalah, saya 'pening' untuk memulihkan sistem dan pada sama menguruskan bos yang kalut perlukan segala info. Sekarang saya akan melalui perkara yang sama sekali lagi!

Pengorbanan, refleksi dan kerinduan

Ramadhan ini kali ini saya membonceng dengan Tuan Besar. Takut tapi itulah saya lakukan untuk elakkan sesak jalan raya. Kalau berkereta, 2 jam baru sampai rumah. Pengorbanan sedikit untuk mencari ruang waktu yang lebih dalam Ramadhan ini.



Rutin memasak masih sama. Tiada masakan yang istimewa. Back to Basic. Makan untuk hidup. Refleksi.



Kerinduan. Selalunya, saya teringat orang itu dan teringat orang ini. Orang yang dekat dengan hati. Arwah kawan saya. Bibik saya. Mama saya. Melankolik.

Ketika tengah menyuap makanan hari pertama berbuka, hati berdetik, bagaimanalah ibu mertua saya berbuka tahun ini. Hanya berdua dengan abang ipar sahaja.

Abang ipar saya yang seorang lagi baru sahaja meninggal Mei lalu. Anak saudara pula kembali tinggal dengan ibunya. Ada rasa sayu. Moga emak baik-baik sahaja di kampung...

Tiga cerita. Tiga rasa. Selamat Berpuasa.

Isnin, 8 Julai 2013

Cara saya susun inner tudung

Saya ada banyak inner tudung daripada kain jenis lycra. Licin dan susah disusun. Sebelum ini saya cuma lipat empat sahaja dan susun seperti biasa. Bila tarik yang bawah, inner yang disusun paling atas tersungkur. Takkan setiap kali ambil inner tudung saya kena kemaskan semula susunannya. Tak praktikal langsung...

Setelah mencuba beberapa cara, saya cuba melipat inner tudung seperti kita selalu lipat setokin. Menjadi seh!

Jom, saya tunjukkan caranya...


 Lipatkan tudung kepada 3 lipatan


Lepas itu, sekali lagi lipatkan kepada 3 lipatan


 Terbalikan yang telah dilipat tadi sehingga menjadi bentuk seperti di bawah.


Bila dah dalam keadaan macam ini, inner tudung akan lebih kemas dan tidak mudah terungkai lipatannya. Ok, dah boleh susun dalam bakul atau laci. Boleh susun menegak, mudah nak tengok warna inner tudung yang sesuai.


Selamat mencuba!

Ahad, 7 Julai 2013

Nasi Goreng Lada Hitam


Semalam penuh dengan aktiviti. Pagi sesudah Tuan Besar pergi kuliah, saya dan anak-anak keluar sarapan di luar. Mahu sarapan nasi lemak Adik tidak mahu sarapan roti. Rancangannya mahu membeli barang dapur di pasaraya selepas sarapan.

Balik dari membeli-belah, semangat saya berkobar-kobar untuk menjahit baju raya kakak. Siap kain kakak, saya sambung pula dengan jahit sarung cadar dan bantal adik. Sambil menjahit, saya membasuh kain baju.

Sudahnya saya penat ! Dalam itupun berkira-kira masih mahu masak menu makan malam sekian sekian. Fikir punya fikir, mahu simpan sedikit tenaga untuk melipat kain malamnya, saya masak menu mudah sahaja.  Nasi goreng lada hitam. Lebih kurang macam nasi goreng cina.



Bahan-bahannya :

  • Ikan bilis - 1/2 genggam (ikut suka nak bubuh banyak mana)
  • Bawang merah - 4 ulas (bawang besar 1 labu)
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Cili padi - ikut suka
  • Sotong - 4 ekor
  • Lada hitam - 1/2 camca
  • Cendawan butang - ikut suka (semalam cendawan x de, kira daruratlah)
  • Garam dan gula (untuk gantikan bahan perasa)

Cara-caranya:

  • Ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi di kisar.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
  • Masukkan sotong dan tunggu hingga sotong masak
  • Masukkan bahan perasa dan dikuti dengan nasi.
  • Masukkan lada hitam dan gaul serata.
  • Siap!
Saya gorengkan keropok lekor untuk makan dengan nasi goreng. Kalau ada kerabu kacang botor pun sedap ni..


Rabu, 3 Julai 2013

Intai : Beg Aznieza


Beg orang muda. Warna yang cantik.


Kalau beg besar selalunya kita fikir ada macam-macam di dalamnya. Tapi beg ini lain sedikit. Kemas dan teratur. Tidak banyak barang. Yang ada beg kosmetik, buku nota dan purse.



Dalam beg hijau ada earphone dan macam-macam. Kemas. Terima kasih banyak- banyak bagi saya selongkar beg awak ye Niza !