Khamis, 30 Mei 2013

Rak Buku Kakak


Kakak minta ibu susun semua rak buku dia. Katanya, rak buku dia sudah penuh dan tak kemas. Ada tiga perkara yang saya buat untuk rak kakak.

  • Asingkan buku dan alat-alat yang tidak perlu.
  • Aturkan semula buku dan alatulis pada setiap para mengikut kekerapan penggunaan.
  • Susun alatulis dalam kotak, tampal kertas pembalut hadiah pada magazine box dan buat label.
  •                                                


    SEBELUM
                                                                                    

    SELEPAS


    Dah siap!

    Selasa, 28 Mei 2013

    Intai : Istana Kesultanan Melayu

    Entri ini bukanlah berkaitan organizing tetapi berkaitan dengan rekabentuk dan hiasan dalaman.

    Kalaulah. Saya kata kalaulah saya ada rumah lagi, saya teringin sangat rumah saya ada ciri-ciri istana lama. Saya suka ukiran yang ada pada dinding, rekabentuk tangga, anjung, bumbung dan tiang yang banyak itu. Bukan saya seorang yang suka akan perkara ini. Saya , abah dan ma ada citarasa yang hampir sama.

    Sungguh saya berangan kalau saya ada rumah seperti itu, saya tak perlu perabot yang banyak. Cukup sekadar yang asas sahaja. Mari kita jamu mata, gambar yang saya ambil di Melaka hujung minggu lepas.

     





    Itu mimpi saya...

    Rabu, 22 Mei 2013

    Laci adik...

    “Ibu, jangan!”

    Adik bangun menerjah dari katil untuk menutup laci dia. Agaknya malu apabila saya bawa kamera untuk ambil gambar laci dia.

    “Tu la bersepah sangat” sambung kakak.

    Memang bersepah pun.


    Pada mulanya saya hanya letakkan kotak berisi kelengkapan seperti bedak, sikat dan gel rambut adik sahaja. Makin lama makin bertambah pula. Macam-macam yang dia letak. Ada pensil warna, kertas lukisan sehinggalah ke tabung duit dia. Permainan dia pun ada. Semuanya dalam laci ini.

    Iyalah, dia tak ada rak macam kakak. Nantilah, bila adik sudah masuk sekolah nanti, ibu sediakan rak untuk adik. Macam kakak.

    Projek hari ini, untuk kemaskan laci adik. 

    Mula-mula kosongkan laci dia

    Masukkan pembalut hadiah.

    Potong ikut saiz kotak dan tampal pada dasar kotak.

    Rupa apabila projek selesai.

    Tuan empunya seronok. Kali ini tiga orang bersungguh-sungguh mengerjakan laci adik. Alhamdulillah, Dia percikkan rasa bahagia dalam hati ini apabila melihat anak-anak seronok...

    Isnin, 20 Mei 2013

    Bekas Alat Tulis Kakak

    Kasihan sungguh ibu melihatkan tempat alat tulis kakak. Dia susun semua bekas pen dan pensil dalam kotak kasut yang hampir koyak. Organizing cara dialah. 


    Hujung minggu ke kedai barangan plastik. Terjumpa dengan bekas plastik ini. Terus teringat akan bekas pensil kakak. Ada hijau, pink dan biru. Biru lebih cantik pada mata saya. Jadi belikan untuk kakak warna biru.


    Lebih kemas dan teratur daripada sebelumnya.


    Saya tampalkan sticker pada bahagian depan bekas pensil yang baru ini. Sticker harga RM1.50 untuk beberapa gambar. Cuma tampal satu sahaja. Banyak-banyak tampal nanti berserabut pula.


    Bekas ini mudah dibawa ke sana ke mari. Di mana ada ibu, disitulah dia suka duduk atau buat kerja sekolah. Senang kakak mengangkut semua alat tulis dia...

    Khamis, 16 Mei 2013

    Sambungan Benang dan Renda

    Hari itu ada cerita tentang gajah dalam Benang dan Renda. Ini pula sambungan entri tempoh hari. Saya mahu buat label. Kalau ikutkan hati, lebih mudah kalau guna pencetak label sahaja macam selalu.

    Untuk projek ini, saya hanya gunakan template daripada microsoft work sahaja. Tiada mood untuk berkarya (walhal sebenarnya kepala berserabut amat apabila teringat-ingat hal pejabat tadi).


    Saya hanya gunakan kertas A4 biasa dan tampalkan atas kertas warna hitam. Sambil potong-potong kertas, sempat mengarang ayat untuk membalas email yang agak provokasi agar tidak terjebak dalam provokasi itu. Adoilah...


    Sudah siap. Sekejap sahaja. Siap untuk ditampal pada bekas alatan menjahit saya.



    Sebelum



    Selepas

    Selesai satu slot kabinet. Masih ada 5 slot yang masih belum dikerjakan. Saya akan kongsikan sedikit-sedikit perkembangan saya menyusun bilik menjahit saya. Ingat, ini cerita gajah. Kenalah buat sikit-sikit. Ok, saya mahu balas email dengan ayat-ayat yang sangat berhemah.