Seminggu lepas dia asyik bertanya akan kesukaan saya. Saya katakan saya suka pasal organizing. Suka buku. Soalannya bersambung kepada genre buku kegemaran sehingga bahasa pengantar. Tiada apa-apa syak.
Semalam.
"Ibu....ibu dah buka hadiah kakak?" tanya kakak apabila masuk dalam kereta.
Dia berikan hadiah kepada saya semalam, setibanya dari kampung. Katanya, dia balut hadiah tu sendiri. Sebaik mungkin.
"Dah. Buku Ustaz Kazim" balas saya.
Gigih saya membuka hadiah kakak. Berlapis-lapis. Kertas hadiah dan kertas a4.
"Kakak tahu ibu suka baca biografi tapi Anjang suruh beli buku tu. Ibu nak baca tak buku tu?" Sambung kakak.
"Mestilah baca sebab kakak yang hadiahkan"
Ada senyum di wajahnya.
Besar atau kecil, kesukaan ibu atau tidak, semuanya ibu terima. Usaha dan ketulusan hati kakak untuk buat ibu gembira sangat-sangat ibu hargai.Terima kasih sayang!
Saya sedang baca buku ini. Memang menarik. Terapi untuk diri.
BalasPadamSaya belum mula lagi.biasanya dengar ceramah sahaja. Belum pernah baca bukunya..
Padam