Sabtu, 14 September 2013

Menjahit sambil layan perasaan

Sebenarnya cuti kali ini saya mahu balik kampung. Sudah simpan angan-angan sejak mula masuk kerja selepas hari raya lepas. Bertindih-tindih pula dengan jadual Tuan Besar. Kesihatan Tuan Besar juga tidak elok untuk berjalan jauh. Jadi angan-angan sekadar angan-angan sahajalah. Moga-moga Allah beri kesempatan untuk melunaskan hasrat dalam masa terdekat. In Sha Allah.

Hari pertama cuti, Tuan Besar ada exam. Tinggallah kami bertiga. Anjang sudah selamat sampai di kampung. Beruntunglah dapat makan nasi yang Ma masak! Sedihnya rasa...

Sambil-sambil layan perasaan, masuk bilik menjahit. Keluarkan bekas kain perca.


Tarik kain lebihan buat sarung bantal tempoh hari. Mahu buat sarung untuk panty liner. Nampak tak panty liner dalam bekas lutsinar tu. Nanti tersorok la sikit.


Ini main agak-agak sahaja saiznya. Lipat supaya jadi poket.


Nak berseri bubuhlah renda.


Inilah rupanya bila tuan rumah sudah masuk rumah.


Rupa bahagian depan.


Ini pula bahagian belakang. jahitkan butang supaya sarungnya kemas tidak terbuka.


Nah, kemas tertutup. Lebih sopan santun kan.....


Bagi yang tak tahu ini bekas apa sebenarnya, boleh baca entri saya pasal susun atur dalam handbag kat sini.

7 ulasan:

  1. 1. saya suka sgt bekas kain perca tu..kemas!

    2. saya suka bekas yg baru dijahit ni..untungnyaaaa pandai menjahit...so jeless..uhuks..

    3. paling suka tang lace tu...kiut ;}

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni main jahit lurus2 jer. x susah... meh cuba.

      Padam
  2. Bagusnye....nk wat jgk la...kita main campak je panty liner dlm handbag, kekurangan kesonpanan santun kan....huuuu

    BalasPadam
  3. kemasnya susun kain.. nanti nak try susun mcm tu jugakla.. senang sikit nak amik kan..cantik panty liner case tu.. berseti dengan lace lagi.. nice.. :D

    BalasPadam
  4. salam kenal
    Kate2 kat Profil NAS cam kn ngan sy skang. ''Sedang berusaha untuk menjadikan hidup lebih teratur''...sama ngan visi sy skang...;)
    Boleh tak sy nak tempah mende ni satu.?
    ni emel sy (aswanida_84@yahoo.com)

    BalasPadam