Saya ada banyak inner tudung daripada kain jenis lycra. Licin dan susah disusun. Sebelum ini saya cuma lipat empat sahaja dan susun seperti biasa. Bila tarik yang bawah, inner yang disusun paling atas tersungkur. Takkan setiap kali ambil inner tudung saya kena kemaskan semula susunannya. Tak praktikal langsung...
Setelah mencuba beberapa cara, saya cuba melipat inner tudung seperti kita selalu lipat setokin. Menjadi seh!
Setelah mencuba beberapa cara, saya cuba melipat inner tudung seperti kita selalu lipat setokin. Menjadi seh!
Jom, saya tunjukkan caranya...
Lipatkan tudung kepada 3 lipatan
Lepas itu, sekali lagi lipatkan kepada 3 lipatan
Terbalikan yang telah dilipat tadi sehingga menjadi bentuk seperti di bawah.
Bila dah dalam keadaan macam ini, inner tudung akan lebih kemas dan tidak mudah terungkai lipatannya. Ok, dah boleh susun dalam bakul atau laci. Boleh susun menegak, mudah nak tengok warna inner tudung yang sesuai.
Selamat mencuba!
So kemas...
BalasPadamMudah nk amik ..
Sy xbyk inner.so xperlu nk kms byk sgt..
Anyway..nice sharing
:)
PadamSuka idea ni..tq..boleh tiru walaupun inner tak banyak pon, maybe boleh combine dgn stokin ;)
BalasPadamSelamat mencuba!
PadamKemas-kemas..ada idea tak nak menyimpan tudung-tundung?
BalasPadamheheeh..share please.... =)
Diana, saya pakai hanger tudung yg biasa tu saja.
Padamhahhahaa..ofcoz saya akan tiru! thanks 4 sharing!
BalasPadamSila2 jangan malu jangan segan
BalasPadamwahh kemas laa dear! i like!~ =)
BalasPadamtq tq
PadamAduihhh teringat inner2 sy yg disusun bertingkat dlm gobok tu. kena transform la jap gi..
BalasPadam