Rabu, 17 Julai 2013

Tiga Cerita di Awal Ramadhan

Alhamdulillah, sudah seminggu berpuasa. Selama itulah juga, saya tinggalkan blog dan facebook. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan. Ada perkara baru yang perlu diharung. Selebihnya adalah refleksi diri menyambut Ramadhan.

Ulangtahun Kelahiran

Syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk melangkah ke usia yang seterusnya. Dilimpahkan rahmat dan rezeki yang tidak pernah sedikit olehNya walau terkadang jiwa ini agak nakal.




Gambar ini saya ambil seminggu sebelum birthday di pejabat Tuan Besar. Ada rasa yang terselit ketika saya memandang pemandangan ini. Masihkan banyak waktu yang tinggal untuk merebut peluang untuk mencari redhaNya?


Angin Perubahan

Sebulan yang lepas, keadaan di pejabat tenang-tenang sahaja. Orang besar nombor satu di Harvard hampir sebulan. Orang besar nombor dua ke Scotland. Orang besar ketiga ke Beijing. Oh, tiada kata dapat mengambarkan perasaan saya ketika itu. Bos takde :)

Awal Ramadhan membawa cerita gembira kepada Orang besar ketiga. Naik Pangkat. Naik setapak lagi dalam pengurusan korporat. Agak-agaknya apa mimpi yang dibawa balik dari Harvard.
 
 
Sweet and sour. Ya, ada ketikanya rasa pahit untuk memenuhi apa yang dia mahukan. Lima tahun. Cukup untuk mengenal cara dia bekerja. Sudah boleh faham dan membaca apa yang dia mahu. Ketua dan mentor yang bagus. 

Saya? Terfikir-fikir bagaimana menguruskan bos baru. Teringat ketika tahun-tahun awal dengan bos dulu. Bila sistem bermasalah, saya 'pening' untuk memulihkan sistem dan pada sama menguruskan bos yang kalut perlukan segala info. Sekarang saya akan melalui perkara yang sama sekali lagi!

Pengorbanan, refleksi dan kerinduan

Ramadhan ini kali ini saya membonceng dengan Tuan Besar. Takut tapi itulah saya lakukan untuk elakkan sesak jalan raya. Kalau berkereta, 2 jam baru sampai rumah. Pengorbanan sedikit untuk mencari ruang waktu yang lebih dalam Ramadhan ini.



Rutin memasak masih sama. Tiada masakan yang istimewa. Back to Basic. Makan untuk hidup. Refleksi.



Kerinduan. Selalunya, saya teringat orang itu dan teringat orang ini. Orang yang dekat dengan hati. Arwah kawan saya. Bibik saya. Mama saya. Melankolik.

Ketika tengah menyuap makanan hari pertama berbuka, hati berdetik, bagaimanalah ibu mertua saya berbuka tahun ini. Hanya berdua dengan abang ipar sahaja.

Abang ipar saya yang seorang lagi baru sahaja meninggal Mei lalu. Anak saudara pula kembali tinggal dengan ibunya. Ada rasa sayu. Moga emak baik-baik sahaja di kampung...

Tiga cerita. Tiga rasa. Selamat Berpuasa.

7 ulasan:

  1. Selamat hari ulang tahun. Syahdu Ramadan mmg begitu...sy juga terkenang arwah ayahanda & kekanda2 sy...

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa juga utk akak..
    best bace setiap post akk..buat sy sntiasa ternanti2 post terbaru.salam kenal ye kak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan, lydia. Tq sudi jenguk blog akak.

      Padam
  3. slmt berpausa..

    di bulan puasa ni nak masak pun dah xde idea..so masak2 yang biasa je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab idea masak ni akan refer kalender menu bulan2 sudah ajer. Senang :-)

      Padam
  4. Ramadhan mmg ada aura tersendiri kan. Selamat ulangtahun kelahiran ye...moga sentiasa diberkati dan disediakan tempat di jannahNya. :-)

    BalasPadam