Isnin, 4 November 2013

Doa


Kakak merengkuk atas katil saya. Baca novel lagi.Begitulah selalunya. Menyelinap masuk ke bilik saya.

"Hah, tak study. Nanti dapat 80 lagi" kata saya.

Muka dia berkerut. 

"Kakak takut."

Saya pandang dia. Tidak faham.

"Kata-kata ibu kan doa"

Saya diam. Rupanya dia takut kata-kata saya menjadi realiti.


Anak ini mengingatkan saya yang selalu lupa. Setiap tutur saya adalah doa buat dia. Bercakaplah yang baik-baik untuk anak. 









4 ulasan:

  1. kadang-kadang kite just nak remind dorang je kan.. tapi tu la.. hope kite cakap yang elok-elok je kan

    BalasPadam
  2. subhanallah cantik betul warna langit itu...

    BalasPadam
  3. eh lupa lak nk infom, nas menang tau cabaran bulan lepas, nnti tgk emel utk bg details pengeposan hadiah ok :))

    BalasPadam
  4. btol..btol..btol.. cuma terkadang kita ni tersasul.. hihihi... :D

    BalasPadam