Ada masa-masanya saya tiada mood untuk berkata-kata.
Jumaat, 14 Jun 2013
Isnin, 10 Jun 2013
Beg pakaian saya...
"Nanti buatlah entri pasal organize luggage sebelum saya pergi" kata dia.
Masa saya tulis entri ini, dia sudah berada di bumi Scotland. Berbulan madu. Tidak sempat.
Masa saya tulis entri ini, dia sudah berada di bumi Scotland. Berbulan madu. Tidak sempat.
Hari ini saya kongsikan bagaimana saya susun pakaian dan keperluan saya ketika bertugas di luar kawasan dan perjalanan dengan berkereta.
Saya gunakan beg yang berbeza mengikut tempoh bertugas dan kaedah perjalanan. Saya ada tiga saiz beg. Saiz besar boleh isi pakaian dan kelengkapan untuk seminggu. Beg kedua saiz sederhana dan sedikit besar daripada saiz yang dibenarkan bawa ke kabin kalau perjalanan dengan kapal terbang. Saiz kecil pula, saya selalu bawa apabila perjalanan dengan kereta.
Beg ini beg bersaiz paling kecil. Sesuai untuk perjalanan 3 hari 2 malam untuk seorang. Dulu-dulu saya selalu gulung baju saya sebelum masukkan dalam beg tetapi sekarang saya lebih suka susun baju, seluar dan tudung bersekali macam gambar kat bawah. Lebih mudah. Tidak perlu tercari-cari padanannya.
Aturkan mengikut jadual . FILO. First In Last Out. (suka-suka sahaja reka. FIFO dan LIFO sahaja yang ada). Baju yang mula-mula akan digunakan, disusun pada bahagian paling atas. Contohnya, jika baju pertama yang saya akan gunakan adalah baju tidur, maka baju tidurlah yang akan disusun paling atas sekali.
Barang-barang keperluan lain saya bawa sekadar yang perlu. Pencuci muka, krim pelembab dan toner saya masukkan dalam bekas yang lebih kecil. Semua yang saya perlukan, muat-muat dalam bekas hijau ini. Teringat dulu-dulu macam mahu pindah. Botol losyen yang besar pun diangkut sekali.
Dalam bekas hitam ada seterika, pengecas bateri dan socket. Bekas lutsinar biru pula saya letakkan ubat, tisu, plaster dan kit menjahit.

Dalam poket biasanya, saya masukkan shopping bag. Ruang yang lebih saya akan masukkan buku atau majalah. Peneman sebelum tidur.
Apabila berpergian secara bersendirian, saya akan pastikan saya hanya bawa 3 beg sahaja. Beg komputer, handbag dan beg pakaian. Anda pula bagaimana?
Rabu, 5 Jun 2013
Dari Kain Menjadi Sarung Bantal
Ada banyak bantal yang serasa saya tidak 'semengah'. Tiba-tiba sahaja mempunyai semangat untuk menyiapkan sarung bantal yang masih belum selesai. Sarung bantal ini pun, projek dulu-dulu. Sudah tidak berseri lagi.
Saya masih menggunakan paten yang sama seperti sebelum ini. Ringkas dan mudah.
Mari kita lihat keadaan selepas pula.Kesian Pak Cik Bear yang terpaksa pangku banyak bantal!
Dan juga atas permintaan kakak, bantal busuk dia mesti lain daripada corak bantal yang ada.
Fuh, puas hati...
Ahad, 2 Jun 2013
Wisata : Red fortress above the Tauber
Kota yang sangat klasik.
Menyimpan rahsia zaman pertengahan. Ada banyak muzium di sini. Oh, di sini juga ada muzium yang menyimpan sejarah bagaimana orang dulu-dulu dihukum dan dipenjara. Saya tidak menjengah. Sekadar mengambil gambar pintu sahaja.
Melewati kota ini seperti berada dalam filem dahulu. Berada di atas bukit dengan dikelilingi tembok-tembok berbatu.
Ada hasrat yang tidak sempat dilunaskan di sini. Saya mahu ke muzium toy dan miniature...
Jumaat, 31 Mei 2013
Wisata : Tempat Jauh Lagi Dikenang
Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pantai Tapin, Kemasek.
Pantai dan saya. Saya boleh duduk berjam-jam di pantai. Duduk diam. Menikmati cantiknya ciptaan Allah Yang Maha Agung.
20 tahun lepas. Saya menghabiskan setiap petang di pantai. Membaca setiap patah perkataan Erich Segal dalam The Class. Sangat mendamaikan.
Subhanallah...indah sungguh ciptaanMu Ya Allah..
Pantai dan saya. Saya boleh duduk berjam-jam di pantai. Duduk diam. Menikmati cantiknya ciptaan Allah Yang Maha Agung.
20 tahun lepas. Saya menghabiskan setiap petang di pantai. Membaca setiap patah perkataan Erich Segal dalam The Class. Sangat mendamaikan.
Subhanallah...indah sungguh ciptaanMu Ya Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)






















