"Kau tengok dia banyak-banyak. Manalah tahu anak kau kenan dia nanti" bisik Kak Lin.
"Nanti keluar, anak mata biru!" Sambung dia lagi sambil mengekek-ngekek.
Kejap-kejap dia panggil Dr Ralf. Konon-konon tak faham. Setiap hari. Bukan main lagi.
Cerita sepuluh tahun lepas. Waktu itu saya dan Kak Lin dalam kelas Dr Ralf. Kak Lin memang suka Dr Ralf. Payah mahu jumpa orang senegaranya seperti dia. Blue blood with handsome face.
Menghabiskan kelas Dr Ralf adalah sesuatu yang memeritkan. Alahan sangat teruk. Tekak hanya mahu susu, roti atau nasi kosong sahaja.
Lima bulan selepas itu, kakak lahir. Tiada pun mata biru. Darah Melayu. Teori Kak Lin tak menjadi.
-----
"Ibu nak kakak jadi apa?" tanya kakak. Mahu tahu ibu ingin dia jadi apa bila besar nanti.
"Itu kakak kena fikir sendiri. Kena tahu apa yang kakak suka" balas saya.
Saya tidak meletak apa-apa harapan mahu dia berkerjaya apa kecuali satu sahaja.
"Ibu cuma mahu kakak jadi orang baik-baik" sambung saya lagi.
Perbualan terhenti di situ. Tidak mahu panjangkan definisi orang baik-baik. Saya tahu dia akan bertanya lagi pasal orang baik-baik itu kemudian hari.
-----
Hari ini, ulangtahun kelahiran kakak. Anak yang suka duduk menempel dan meniru saya. Sangat kritis orangnya tetapi kadang-kadang sedikit kelam kabut.
Pantas benar waktu berlalu. Masih terbayang-bayang akan momen Tuan Besar memotong tali pusat kakak. Sepertinya baru semalam. Rasa bersyukur kerana Allah pinjamkan kakak sehingga hari ini. Menjadi penawar dan juga perencah dalam kehidupan. Selamat Hari Lahir kakak!
hehe : 3 ...
BalasPadam